Rio Olympics 2016,! Gangsa Di Rio 2016, Emas Di Tokyo 2020 #KamiTeamMalaysia

Posted on

1024x534.7096774193549__origin__0x83_Azizulhasni_Awang

KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

GANGSA DI RIO 2016, EMAS DI TOKYO 2020

DPPM melahirkan rasa syukur dan bangga diatas kejayaan Pakar Keirin negara, Azizulhasni Awang yang melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik apabila meraih gangsa di Velodrom Olimpik Rio, awal pagi tadi.

Dalam perlumbaan akhir acara Keirin yang cukup sengit tersebut, pingat emas telah dimenangi Jason Kenny dari Britain manakala perak, dimenangi oleh Matthijs Buchli dari Belanda.

DPPM begitu optimis bahawa atlit yang diberi jolokan “The Pocket Rocket Man” pasti akan mengatur segala keupayaan dan usaha keras beliau untuk memenangi pingat emas dalam temasya sukan olimpik seterusnya, 4 tahun lagi iaitu Olimpik 2020 di Tokyo.

DPPM mengharapkan Azizulhasni akan terus maju dan berusaha lebih gigih bagi mencapai impian tersebut dan mengharapkan agar semua pihak akan terus memberikan sokongan kepada beliau untuk terus berusaha untuk kejayaan yang lebih gemilang.

Tahniah Azizulhasni Awang

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
(Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan DPPM)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s