PM Najib Razak Rasmi Mesyuarat UMNO Kuala Terengganu

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-20 at 16.43.20

Kuala Terengganu: Perdana Menteri yang Juga Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, tiba di Stadium Negeri Kuala Terengganu bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Datuk Seri Najib Razak meminta seluruh kepemimpinan dan rakyat Terengganu memberi kepercayaan penuh kepadanya selaku Presiden UMNO untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Beliau yang juga Perdana Menteri percaya menerusi kaedah muafakat dan syura yang menjadi pegangan kepemimpinannya, ketegangan politik di negeri penyu itu boleh diselesaikan dengan baik.

“Tak usahlah serabutkan kepala kita. Serahkan pada saya sebagai presiden parti untuk buat yang terbaik.

Saya pun sudah dan sedang berbincang dengan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu dari hati ke hati dan saya akan mendapat gambaran yang terbaik.

“Mudah-mudahan kalau ada muafakat akan selesai,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian Kuala Terengganu dan Pertandingan Pusat Daerah Mengundi UMNO Terengganu di Stadium Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Najib berkata, menerusi prinsip syura yang diamalkan dalam kepemimpinannya, beliau tidak akan membuat keputusan secara sendiri, sebaliknya dengan cara melakukan rundingan bersama.

Selain itu, katanya, adalah penting dalam mana-mana pertubuhan untuk bergantung dan taat kepada satu nakhoda sahaja yang menjadi antara satu ramuan untuk memperoleh kemenangan dan kejayaan termasuk dalam kepemimpinan politik.

“Dalam mana-mana pertubuhan kena ada satu nakhoda sahaja sama ada kapten peringkat negeri atau Pusat. Nakhoda itu adalah seorang yang kita perlu taat padanya supaya organisasi kita kuat.

“Nakhoda pun kena ambil kira dan dengar anak buah. Kena ada semangat berpasukan dan kerjasama yang baik atas semangat syura, maka bahtera kita akan lancar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya jangan ada pihak yang cuba dan sanggup menebuk kapal sehingga boleh menyebabkan ia tenggelam. “Oleh itu, marilah kita serahkan soal kepemimpinan ini kepada saya dan pihak yang berkenaan.

Niat saya tiada lain, selain hendak pastikan UMNO dan BN lebih kukuh,” katanya.

Najib berkata, Terengganu yang disifatkannya sebagai ‘swing state’ mempunyai kekuatan untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, namun perlu mengelakkan pergeseran sesama sendiri yang boleh menjejaskan peluang berkenaan.

“Terengganu ini ada masa menang cemerlang, ada masa menang sipi-sipi dan ada masa kalah. Sebab itu kalau hendak menang, kita buatlah cara hendak menang. Jangan berbalah satu sama lain,” katanya.

– BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s