TPM Zahid Gesa Ahli UMNO Contohi Semangat Juang Atlet Di Rio

Posted on Updated on

photo_2016-08-21_00-12-07

BATU PAHAT, 20 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa anggota parti menerapkan semangat juang atlet negara pada Sukan Olimpik Rio bagi mencapai kejayaan dalam politik sekali gus memenangi pilihan raya umum ke-14.

Timbalan perdana menteri berkata sepertimana kejayaan dalam sukan, kejayaan dalam politik juga tercerna hasil daripada kesungguhan, komitmen dan latihan berterusan.

“Kita tahu sesuatu kejayaan itu tidak mudah untuk kita lakukan (capai), ia perlukan simulasi dan latihan.

“Walaupun (ada antara) kita pandang enteng, pandang sinis terhadap kemampuan (atlet negara raih pingat pada Olimpik) kerana atlet kita agak kecil dari segi kemampuan fizikal tetapi apabila ‘practice makes perfect’ maka terbukti Malaysia boleh berada di pentas persada,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga menjalankan tanggungjawab dan tugas timbalan presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Ayer Hitam di Dewan Sri Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Md Jais Sarday dan Ketua Penerangan UMNO Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam Datuk Samsolbari Jamali.

Ahmad Zahid berkata bagi memastikan kemenangan dan memperolehi semula kerusi yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lepas, seluruh anggota UMNO juga perlu mengamalkan sikap kurang bercakap dan lebih banyak bekerja.

photo_2016-08-21_00-11-50

Selain itu, katanya dalam keadaan perkembangan minda orang ramai yang sudah terbawa-bawa dengan perubahan sistem komunikasi yang lebih kompleks, maka gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga perlu berubah dengan melaksanakan sistem kempen bentuk baharu.

“Untuk memperolehi sesuatu kejayaan itu sukar, tetapi untuk mempertahankan kejayaan itu lebih sukar lagi.

“Mudah untuk kita bercakap, tetapi tidak mudah untuk kita laksanakan. Kita harus ada keazaman politik kerana asas ini amat penting,” katanya yang juga mahu anggota UMNO melakukan kerja secara ikhlas tanpa memikirkan upah atau ganjaran yang akan diterima.

Pada majlis itu, timbalan perdana menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM250,000 untuk pemasangan alat pendingin hawa di Dewan Sri Perdana.

photo_2016-08-21_00-11-40

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet Malaysia yang telah berjaya meraih pingat pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Kontinjen Malaysia setakat ini meraih tiga pingat perak menerusi gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama dan dalam acara badminton menerusi beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong.

photo_2016-08-21_00-12-02

Satu pingat gangsa pula disumbangkan pelumba berbasikal negara Azizulhasni Awang menerusi acara keirin.

Malaysia kini semakin hampir merealisasikan impian menggenggam pingat emas Olimpik yang pertama menerusi Datuk Lee Chong Wei yang akan bertemu Chen Long dari China pada aksi final badminton perseorangan lelaki, malam ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s