Jangan Biarkan Sejarah Keruntuhan Empayar Melayu Melaka Berulang

Posted on

MASJID TANAH, 20 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, UMNO Masjid Tanah akan sentiasa berdiri teguh dan mempertahankan institusi presiden di kala UMNO menerima serangan dari dalam dan luar negara.

“Di Masjid Tanah kita akan memulakan slogan baru setia sepanjang hayat untuk bersama-sama melindungi institusi ini” katanya ketika berucap pada perasmian serentak mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian Masjid Tanah hari ini.

Jelas beliau daripada empayar Kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi dari dalam negara hingga ke Eropah tetapi apabila dijajah keris raja pun tidak dijumpai.

Ini kerana katanya lagi penjajahan ini telah membunuh segala kekuatan bangsa dan telah berulang kembali selepas 447 tahun kejatuhan Melaka.

“Kita merdeka baru 59 tahun akan ada satu generasi yang belum menikmati apa yang kita nikmati sekarang.

“Kini kita telah diasak untuk meruntuhkan sebuah lagi tamadun gemilangnya bangsa Melayu yang akan runtuh sekiranya tidak dipertahankan bangsa sendiri”, ujarnya.

Apa yang lebih menyedihkan jelas beliau apabila pembela tamadun selama 22 tahun hari ini juga sedang berusaha untuk meruntuhkan institusi yang dibina sejak dahulu.

“Sekiranya gerakan menjatuhkan parti UMNO itu datangnya dari dalam, masih kita boleh atasi tetapi pembina tamadun ini sedang bersekongkol dengan negara luar mengatur strategi bagaimana untuk memperkecil kekuatan bangsa Melayu di dalam UMNO.

“Orang Melayu sedang diracik-racik ada sedikit di dalam Dap, PAN dan Pas  untuk mengambil kekuatan UMNO”, ujarnya.

Apapun juga keadaan tegas beliau untuk meruntuhkan institusi kekuatan parti ini seluruh kepimpinan dan orang orang Melayu Masjid Tanah berazam akan bangkit mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara demi untuk orang Melayu.

“Di kala orang Melayu berpecah-pecah, satu kaum yang lain mengukuhkan kedudukannya di dalam parti Dap untuk merampas kuasa Putrajaya sedangkan kita mempertahankan Putrajaya yang ada di dalam parti dan merobek untuk menjatuhkan kuasa Melayu”, katanya.

– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s