Kem Tentera Darat Akan Dibangunkan Di Hutan Melintang

Posted on

Hishammuddin Tun Hussein

KLUANG:  Sebuah kem Tentera Darat akan dibina bermula tahun depan di Hutan Melintang, Bagan Datoh Perak dan kem terbabit berpotensi untuk menempatkan lebih 1,000 anggota tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kem tentera itu akan menempatkan Batalion Infantri Standard dan Rejimen Artileri Diraja Bantuan Rapat yang melibatkan anggota 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Rejimen Artileri Diraja.

Katanya, pembinaan kem terbabit dilaksanakan berikutan lokasinya yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia.

“Penempatan kem 23 RAMD Ipoh terpaksa dipindahkan ke kem Hutan Melintang kerana kem berkenaan yang padat serta tidak boleh diperluas infrastrukturnya kerana terletak di bandar,” katanya pada sidang media selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong kali ke 13 di sini, hari ini.

Jelas Hishammuddin, tanah berkeluasan 350 ekar telah dikenal pasti bagi pembangunan tersebut.

Selain dilengkapi dengan kem Batalion Infantri Standard, Kem 4 Rejimen Artileri Diraja, kem terbabit nanti akan turut menyediakan fasiliti guna sama, rumah keluarga angkatan tentera serta kemudahan lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s