TPM Zahid Keutuhan UMNO Di Sabah Bukan Retorik

Posted on Updated on

photo_2016-08-21_16-44-54

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Sabah terus menjadi kubu kuat UMNO, di sebalik hasrat pihak tertentu termasuk bekas pemimpinnya untuk menggoyahkan kedudukan UMNO dengan menubuhkan parti baharu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keperkasaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Negeri di Bawah Bayu bukan hanya retorik, sebaliknya sudah memperlihatkan prestasi cukup baik di negeri ini. Katanya, sejarah politik di Sabah juga membuktikan jangka hayat parti baharu yang ditubuhkan atas rasa kemarahan dan kebencian tidak akan berkekalan, namun perkara itu tidak boleh dipandang mudah, sebaliknya perlu ada solidariti dalam kalangan ahli UMNO.

“Sejarah politik Sabah sudah buktikan ketika itu USNO menjadi pemerintah dan ada parti lain ditubuhkan atas hasrat mahu balas dendam, rasa kekecewaan, kemarahan dan kebencian… jangka hayat parti itu tidak lama.

“Biarlah parti apa pun datang, soal kesatuan dan solidariti mesti jadi keutamaan asalkan kita bersatu hati dan tindakan, saya yakin Sabah terus jadi simpanan tetap UMNO,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon Lima di Dewan Sri Libaran, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun. UMNO Zon Lima merangkumi bahagian Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.

Timbalan Perdana Menteri berkata, parti yang kekal adalah parti keramat UMNO yang terus berjuang dengan rekod serta prestasinya sudah terbukti. “Sabah memerlukan UMNO serta BN untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di negeri, sekali gus terus maju dalam Malaysia,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s