PM Najib Razak Pilih Untuk Dengar Kata Rakyat, Punca Diserang Tun M

Posted on

wp-1471774828322

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata keputusannya memilih menjadi pemimpin yang mendengar kata rakyat dan parti menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi marah.

Najib berkata, beliau ditanya ketika di Jakarta mengapa Dr Mahathir terlalu marah kepadanya, dan menjawab bekas Perdana Menteri itu terlalu obses kepada kuasa.

Katanya, keadaan itu menyebabkan beliau hanya memiliki dua pilihan, iaitu perlu mendengar kata Dr Mahathir atau membuat keputusan sendiri demi rakyat dan parti.

“Jika memilih pilihan pertama, saya terpaksa rujuk apa-apa keputusan dan menghadapnya (Dr Mahathir) bagi mendapatkan persetujuan.

“Jadi saya pilih pilihan kedua iaitu menjadi Perdana Menteri yang membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat dan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tasek Gelugor di Kubang Menerong di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan pembinaan dua masjid baharu di Kampung Banggol Baru, Pokok Sena dan Masjid Permatang Bogak.

Mengulas lanjut, Najib berkata, keputusannya itu kemudian menyebabkan beliau diserang sama seperti yang dialami bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya diserang sama seperti dia serang Pak Lah (Abdullah). Bila Pak Lah bawa orang muda bantu beliau, mereka serang hingga sekarang, sampai bila keadaan ini berlarutan?

“Sebab itu saya minta ahli UMNO pertahankan parti jangan sampai misai mencecah tanah,” katanya.

– Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s