Seorang Wanita Menemui Ajal Selepas Diserang 50 Anjing Liar

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-21 at 19.41.11

THIRUVANANTHAPURAM (India): Seorang wanita menemui ajal selepas diserang 50 anjing liar di Pantai Pulluvila, di Negeri Kerala, lapor sebuah akhbar tempatan, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Shiluvamma, 65, diserang sekumpulan anjing liar ketika dia sedang berjalan di kawasan pantai itu. Anak mangsa, Selvaraj berkata, dia keluar untuk mencari ibunya yang tidak pulang ke rumah dan ketika sampai di kawasan terbabit, dia melihat ibunya sedang diserang anjing.

Bagaimanapun, Selvaraj tidak mampu membantu ibunya kerana dia juga diserang dan mengalami kecederaan.

Ibunya yang diselamatkan penduduk tempatan, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Dalam insiden yang berasingan, seorang penduduk tempatan, Daisy, 52, dikejarkan ke Hospital Kolej Perubatan Thiruvananthapurama selepas diserang anjing liar dan mengalami kecederaan di tangan dan kaki pada hari yang sama.

Menurut penduduk tempatan, wilayah itu menghadapi masalah anjing liar sejak sekian lama.

Laporan sudah dibuat kepada pihak berkuasa tetapi tidak ada sebarang tindakan dibuat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s