TPM Zahid Rasmi Penutup Persidangan Dwi Tahunan CAPAM 2016

Posted on

photo_2016-08-21_00-24-08

PUTRAJAYA 20 Ogos – Pemimpin-pemimpin sektor awam digesa memainkan peranan untuk mencari kaedah baharu dalam menangani cabaran-cabaran mendatang meskipun dengan sumber yang terhad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha menggerakkan idea dari sumber baharu yang lebih bersesuaian dengan teknologi, norma dan jangkaan pada masa kini akan membolehkan pemimpin sektor awam bertindak sewajarnya terhadap cabaran.

photo_2016-08-21_00-24-20

Beliau menegaskan, pemimpin sektor awam perlu mempelajari amalan-amalan terbaik dari organisasi-organisasi lain untuk memacu inovasi.

“Pucuk pimpinan memainkan peranan penting untuk melahirkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam bagi mencapai perubahan yang berterusan dan bermakna dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Pucuk pimpinan adalah penting bagi inisiatif inovasi hari ini dalam suasana bekerja yang begitu bersemangat dan bertenaga dengan pemimpin sektor awam diperlukan untuk berfungsi menggunakan sumber yang kurang dan terus mencari cara baharu untuk menangani cabaran,” katanya.

photo_2016-08-21_00-24-13

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam penutupan persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
– UM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s