Ahli Umno Berjuang Separuh Hati Perlu Berundur Untuk Mengelak Kerosakan Kepada Parti

Posted on

UMNO-BN-MaLAYSIA (1)

INDERA MAHKOTA: Anggota Umno yang berjuang separuh hati atau 50-50 perlu segera berundur untuk mengelak mereka membawa kerosakan kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Haron berkata Umno yang sedang bersedia menghadapi ‘peperangan’ pada PRU14 perlukan anggota yang sanggup berjuang sepenuh jiwa dengan menunjukkan taat setia tidak berbelah-bahagi bukan sahaja kepada Umno, malah kepada presiden parti.

“Tidak ada ruang bagi mana-mana anggota yang sokong parti tetapi tak sokong presiden. Kalau sokong parti, kita mestilah sokong presiden, itulah semangat dan sokongan sebenar.

“Kalau ada pihak sokongan mereka 50-50, parti ini bukan parti untuk mereka. Kalau ada, kesian mereka yang bekerja sepenuh hati. Jadi eloklah mereka berundur….buat apa bersama kita kalau hanya menyusahkan.

“Kita hanya mahu mereka yang boleh bekerja bersungguh-sungguh kerana rakyat di luar sana melihat dan menilai. Apabila kita bersungguh, baru rakyat beri sokongan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Indera Mahkota di sini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffa Kamal Ab Hamid, Ketua Wanita bahagian Wan Napiah Wan Yusof dan Ketua Pemuda bahagian Muhammad Faiz Hashim.

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka dalam masa sama, meminta jentera Umno supaya menangkis serangan-serangan dilakukan pihak terbabit terhadap parti dan presiden dengan menggunakan ‘dalil-dalil pembangunan’.

“Serangan dilakukan mesti ditangkis dengan satu konsep pertahanan yang baik dengan kita nyatakan kepada mereka segala pencapaian dan kejayaan pembangunan negara yang telah dicapai sepanjang berada di bawah pemerintahan BN.

“Berhujahlah dengan angka dan fakta, contohnya kalau mereka katakan ekonomi negara merudum, suruh mereka buktikan berapa ramai pekerja kakitangan awam dan swasta yang tidak mendapat gaji apabila hujung bulan.

“Apabila mereka katakan negara kita tidak aman, tanya mereka mengapa ada lambakan pekerja asing di negara kita? Hanya dengan cara sebegini mereka tidak akan dapat menafikan Umno dan BN dalam setiap pencapaian dan kemajuan yang dikecapi negara pada masa kini,” katanya.

Idris turut menyeru semua anggota dan pucuk pimpinan parti pelbagai peringkat agar mengetepikan perbezaan pendapat dan mencari titik persamaan untuk memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s