Ahli UMNO,! Cucunya Gesa Contohi Onn Jaafar

Posted on

onn jaafar

Semua pihak perlu mencontohi sikap pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar, yang tidak memburukkan parti dan pemimpinnya selepas meninggalkan parti berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata datuknya itu juga tidak menghasut sesiapa untuk menentang parti berkenaan termasuk mengajak rakyat turun ke jalanan ketika memutuskan untuk keluar parti pada 1951.

Beliau yang kemudian membacakan pesanan Onn ketika meninggalkan UMNO, berkata datuknya itu tidak pernah meminta rakyat menjatuhkan pemimpin ketika itu.

“Saya bawa pesanan terakhir Onn. ‘kepada UMNO, maka saya berharap pihak UMNO akan memandang kepada pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional atau kebangsaan dan jangan semata-mata hadapkan pandangan itu kepada pandangan sempit semata-mata iaitu hidup hanyalah di bawah tempurung sendiri dengan tidak menghiraukan tempurung lain yang terletak di sebelah dan dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan saya’.

“Dia (Onn) tidak suruh kita mengaruk (mengamuk). Dia tidak suruh kita jatuhkan Perdana Menteri. Dia tidak suruh runtuhkan kerajaan. Ini pemimpin yang mempunyai nilai keikhlasan dan kesabaran.

“Disebabkan dua nilai ini, cucunya (Hishammuddin) dapat bersama-sama anda. Saya juga melihat misi Datuk Onn telah menjadi kenyataan dalam pendekatan kita di Barisan Nasional (BN),” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di sini, hari ini.

Keratan - Dato Onn Letak jawatan

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Kamaruzzaman Johari.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s