MO1,! Nawawi Mohon Maaf Kaitkan Agong

Posted on

LANGKAWI – Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas keterlanjurannya mengaitkan nama baginda ketika menulis dalam laman sosial Facebook.

Beliau berkata, pernyataan mohon ampun itu dibuat atas kesedaran, kerelaan hati dan rasa tanggung jawab dirinya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Patik tidak berniat untuk mengaitkan nama Tuanku dengan isu terbabit, tetapi ia dijadikan viral oleh pihak tertentu dengan fahaman lain daripada apa yang patik cuba nyatakan.

“Patik sebagai rakyat bawahan negeri Kedah dan Malaysia menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolak bandingnya dan amat menyesal dengan apa yang berlaku,” katanya ketika membaca satu kenyataan pada sidang media di Wisma UMNO di sini, sebentar tadi.

Semalam, Majlis Kerabat Diraja Kedah memberi amaran keras kepada semua pihak tidak melangkaui batas dengan menarik pihak istana, terutama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, ke kancah politik tanah air.

Perkara itu disuarakan oleh Yang Dipertuanya, Syed Idrus Syed Baharom, yang kesal kerana ada pihak sesuka hati ‘bermain-main’ dengan pihak istana, sehingga menyamakan taraf Yang di-Pertuan Agong dengan pihak lain.

Amaran terbabit dibuat susulan isu kononnya Nawawi mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Yang di-Pertuan Agong yang disiarkan menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, Nawawi yang membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang di Selangor, baru-baru ini, menafikan dakwaannya itu.

Kenyataan dimuat naik Nawawi itu turut diselar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kedah yang menggesa Ahli Parlimen Langkawi itu membuat permohonan maaf kerana mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan isu 1MDB.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s