Panjat Lori Sampah, Terjun Longkang… Azmin Patut Serius Bukan Sekadar Gimik Lakonan

Posted on

azmin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan percaya masalah sampah yang masih belum selesai di negeri Selangor mengingatkan memori gimik Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali yang memanjat lori sampah dan juga terjun ke longkang serta parit sejurus menjawat jawatan berkenaan dalam usaha menunjukkan keseriusannya dalam isu tersebut.

Namun menurut beliau gimik berkenaan nampaknya tidak memberi apa-apa makna apabila isu tersebut dilihat masih belum selesai dan ianya memerlukan pendekatan baru yang lebih komprehensif dan bukannya sekadar gimik semata-mata kerana ianya menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.

“Janganlah sekadar gimik semata-mata kerana perlu ada usaha yang lebih terancang seperti ada special ‘task force’ dan sebagainya lagi. Berlapang dadalah sedikit dengan melihat serta menilai cadangan daripada pelbagai pihak berhubung isu tersebut.

“Ini tidak… bila kita sebut termasuklah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) seolah-olah masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Sepatutnya dengar dan teliti betul-betul.Kalau bermanfaat boleh ambil perhatian serius.

“Kita tidak mahu isu dan perkara ini terus membelenggu penduduk di negeri ini…sebab itulah saya katakan tadi mungkin rakyat rindu dan ingin lihat sekali lagi gimik Menteri Besar terjah lori sampah termasuk longkang dan parit,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Baca: Masalah Sampah Di Selangor Tidak Pernah Selesai

Mat Nadzari yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor seterusnya menegaskan mungkin Azmin boleh bersikap terbuka dengan mengambil contoh seperti mana yang dilaksanakan mengikut kerajaan pusat.

Katanya ketepikanlah soal politik sebaliknya mengambil sikap terbuka demi kepentingan rakyat Selangor agar masalah sampah tidak lagi terus berlarutan sekaligus mencapai jalan penyelesaian sebaiknya untuk kebaikan dan kepentingan bersama.

“Kita cukup kesal sehingga kini Menteri Besar nampaknya masih belum mampu menyelesaikan secara menyeluruh isu tersebut. Kita minta sangat-sangatlah agar beliau memberikan perhatian serius.

“Jangan hanya gah sekadar gimik dan benar-benar bersemangat sejurus dilantik Menteri Besar. Berlapang dadalah kerana itu mungkin boleh menjadikan laluan terbaik dalam penyelesain isu tersebut,“ ujarnya.

Sebelum ini dilaporkan kerajaan PKR Selangor mengakui gagal menguruskan kutipan sampah dengan baik, namun menganggap perkara tersebut sebagai isu terpencil dan tidak perlu diperbesar-besarkan berikutan longgokan sampah hanya berlaku di kawasan-kawasan tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu negeri, Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan) berkata, masalah berkenaan banyak berlaku di kawasan pinggir bandar berikutan ketiadaan pelan tersusun.
– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s