Parti Mahathir,! Untuk Orang Yang Gelojoh Dan Gila Kuasa

Posted on

hqdefault-3

PADA 9 Ogos yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO telah membuat permohonan pendaftaran parti baharunya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Yang kelakarnya, pada 21 Ogos tahun yang sama iaitu kira-kira 13 hari selepas itu, Muhyiddin telah membuat pengakuan bahawa parti berkenaan akan bertanding dalam PRU14 akan datang dan mengambil kerusi yang sekarang ditandingi oleh PAS dan PKR.

Mungkin Muhyiddin ingat selaku Presiden Parti Pribumi, dia berhak dan mempunyai kuasa besar untuk mengarahkan dan meminta mana-mana parti pembangkang lain untuk mengikut telunjuknya sepertimana yang dia sendiri telah dan sedang mengikut telunjuk Dr Mahathir Mohamed.

Tiada siapa dari kalangan pemimpin tertinggi PAS dan PKR yang bersuara dan bersetuju (setakat ini) untuk menyerahkan kerusi yang mereka pernah dan akan bertanding dalam pilihan raya untuk diserahkan kepada parti Muhyiddin dan Mahathir itu.

Satu lagi perkara pelik berlaku adalah, dengan tidak cukup lagi 2 minggu proses pendaftaran parti itu dibuat, mereka telah sibuk mahu menentukan dan merebut kerusi untuk dipertandingkan semasa PRU14 akan datang.

Walhal, semua orang sedia maklum bahawa Parti Pribumi itu masih belum diluluskan lagi oleh RoS dan ini sekali gus telah melanggar peruntukan undang-undang sedia ada.

Parti masih belum diluluskan, tapi presiden dan pengerusinya sudah tak sempat-sempat mahu mengatur kerusi untuk bertanding. Kenapa terlalu gelojoh?

Mungkin itu sifat sebenar para pemimpin dan ahli Parti Pribumi iaitu sentiasa gelojoh dalam sesuatu hal. Harus diingat, antara sebab Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz keluar atau terkeluar ataupun dikeluarkan dari UMNO adalah kerana sikap gelojoh mereka mahu menjadi boss parti.

Tak keterlaluan jika kita katakan Parti Pribumi hanyalah untuk mereka yang gelojoh!
–Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s