Permainan Angka,! Jentera BN Perlu Ambil Serius Amanat Pengerusi BN

Posted on

maxresdefault (6)
Politik itu seni berkemungkinan, dan di dalam politik, tiada apa yang mustahil. Lihat sahaja apa sudah jadi terhadap Muhyiddin tentang pandangannya terhadap DAP.

Begitu juga dengan realiti angka, di mana satu ketika BN sangat selesa dan dengan mudah memenangi majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan. Keadaan tersebut berubah pada 2008, lantas menyaksikan betapa sulitnya untuk BN mengekalkan kerusi-kerusi yang pernah dimenanginya sebelum ini sehingga membawa kepada senario yang hampir sama pada PRU13.

Apakah mustahil untuk BN kembali kepada kedudukan asal?

Tidak, jika amanat dari Pengerusi Barisan Nasional, DS Najib Razak diambil serius oleh semua pihak yang terlibat. Politik adalah berkenaan dengan angka, waima 1 undi cukup untuk diisytihar sebagai pemenang.

Maka, adalah barisan nasionalamat penting untuk jentera parti memahami isyarat dari Pengerusi Barisan Nasional bahawa keperluan utama untuk menang ialah dengan mencari dan mendaftarkan pengundi-pengundi baru yang bakal mengundi pada PRU yang akan datang. Ini adalah perkara pokok dalam membicarakan soal “Politics is a game of numbers”.

Penulis juga bersetuju, bahawa fokus utama harus tertumpu kepada mereka-mereka yang mempunyai DNA Barisan Nasional. Apa guna membabi buta dalam usaha membuat pendaftaran, jika akhirnya penat lelah tersebut memberi keuntungan kepada pihak lawan?

Jentera tidak perlu bersusah payah untuk melihat keseluruhan pengundi, tetapi memadai dengan meletakkan keutamaan berdasarkan status “DNA” mereka. Fokus jentera lebih terarah, dan pendekatan terhadap pengundi lebih spesifik, tergantung kepada klasifikasi yang DNA pengundi. Ia lebih efisien dan efektif.

Pengundi adalah manusia, dan manusia pasti mati. Jika gagal menambah pengundi, kelak parti pula yang akan mati.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s