PM Najib Razak Sampai Mesej Kepada Lee “Harap Saudara Sihat”

Posted on

najiblee

SINGAPURA: “Saya mendapat berita saudara kurang sihat. Saya berharap saudara tidak apa-apa. Semoga segera pulih,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melalui akaun Twitter lewat malam Ahad.

“Terima kasih atas doa saudara. Doktor beritahu saya, saya OK,” jawab Lee sekitar pukul 2 pagi.

Lee tiba-tiba kurang sihat semasa berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan negara ini kira-kira pukul 9.40 malam Ahad.

Lee, 64, dijadual menamatkan ucapannya dalam Bahasa Inggeris pada pukul 10 malam selepas menyampaikan ucapan dalam versi Bahasa Melayu dan Mandarin pada pukul 6.45 petang.

Lee dapat menyambung ucapannya selepas berehat hampir satu jam dan menamatkannya kira-kira 15 minit kemudian.

Sebaik selepas menyampaikan ucapannya, Lee berangkat ke Hospital Besar Singapura untuk pemeriksaan.

Dalam ucapan Hari Kebangsaannya, Lee menyentuh mengenai hubungan Singapura dengan Malaysia dan Indonesia.

Lee menyifatkan kedua-dua negara sebagai dua rakan Singapura yang paling penting.

Bulan lepas, Lee berkata beliau berada di Putrajaya, Malaysia untuk menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman projek Kereta api Berkelajuan Tinggi antara Malaysia dan Singapura.

“PM Najib meraikan kami dengan jamuan tengah hari. Durian yang dihidang memang baik, tetapi Kereta api Berkelajuan Tinggi itu lebih baik…,” katanya ketika skrin besar di belakangnya menunjukkan gambar beliau dengan Najib.

– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s