-

Rio Olympics 2016,! Meninggal Dunia Ketika Tonton Perlawanan Chong Wei

Posted on Updated on

image (3)

IPOH – Seorang warga emas meninggal dunia semasa menonton perlawanan separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Rio antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa dikenali sebagai Lum Wah Wong, 64, dari Papan di sini.

“Paramedik dari Hospital Batu Gajah mengesahkan mangsa meninggal semasa menonton badminton di rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan Lum yang menonton di rumah kakaknya bersorak ketika Chong Wei dan Lin Dan masing-masing terikat 20-20 pada set penentuan sebelum dia tiba-tiba jatuh dan meninggal kira-kira 8.55 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar mengesahkan kematian tersebut dan berkata mangsa mempunyai masalah jantung.

“Berdasarkan laporan doktor, mangsa mati disebabkan jantung. Memang mangsa ada menerima rawatan jantung,” katanya.

– Bernama

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: