Deklarasi Mahathir,! Konspirasi Gagal, Najib Lebih Berpengalaman Politik Kotor Mahathir

Posted on

wp-1471189760358

Isu 1MDB tidak habis habis sehingga kini, dan setiap kali gerakan anti Najib tersepit atau pun Tun Mahathir tersepit pasti sekali akan ada kisah baru berkenaan 1MDB dari luar negara.

Walaupun kisah nya sama tetapi akan ditulis dan diolah semacam “scoop baru”.

Maka kelihatan lah konon nya terbongkar atau terlondeh rahsia besar berkenaan 1MDB.

Mangsa kepada berita ini yang tidak tahu pun ia tulisan berbayar yang sudah di “upfront” kan payment nya oleh pro Tun Mahathir bersungguh sungguh membantu menyebarkan dan memviralkan cerita dongeng berkenasan 1MDB.

Paling lucu, mangsa kepada pemberitaan ini ada lah penyokong Tun Mahathir sendiri yang tidak tahu mereka termakan kisah dongeng hasil upahan puak idola mereka sendiri.

Jika ada bukti kukuh tentu sudah hampir 2 tahun lebih kisah 1MDB tidak akan berkisar kepada cerita sahaja tetapi pembuktian pula.

Namun disitu lah kekurangan nya, cerita macam macam tanpa kemuka kan bukti.

Tun Mahathr dalam kenyataan nya baru baru ini, mengaku secara sengaja atau tidak sengaja, ujud konspirasi, dan menyalahkan salah seorang dari “barua” nya mengkhianat sesama mereka.

Dalam kenyataan nya Dr. Mahathir mendakwa, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed telah dikhianati oleh pihak yang tidak dinamakan identitinya.

Ini bermakna betul sangat apa yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin selama ini.

Walaupun Tun Mahathir berkata beliau tidak terbabit, ia umpama menyatakan esok matahari tidak akan terbit, kerana terlalu jelas apabila Tun Mahathir boleh bercerita panjang lebar berkenaan konspirasi itu.

Tun Mahathir pernah berjaya dalam konspirasi nya untuk menjatuhkan Abdullah Badawi kerana ketika itu ia cubaan pertama dan ramai yang menyokong nya belum menghidu agenda sulit dan peribadi nya.

Namun, dengan cubaan kali kedua dan atas modus operandi yang sama, ia nyata gagal, kerana penyokong yang pernah menyokong nya ketika itu sudah mula sisihkan diri dari Tun Mahathir kerana sudah faham akan niat dan agenda peribadi Tun Mahathir yang berselindung dibelakang isu yang dicipta.

Tambah lagi orang yang Tun Mahathir mahu gulingkan ia itu DS Najib adalah orang yang bersama sama dengan nya sekian lama dan sudah pun mengetahui cara dan rupa bentuk serangan yang akan dilakukan oleh Tun Mahathir.

Najib faham Tun akan guna pengaruh nya dalam network kerajaan dan juga talibarut nya seperti 3 Tan Sri diatas yang kini mendiamkan diri kerana ketakutan akan diambil tindakan lebih lanjut.

Jika mereka dalam keadaan benar tentu mereka sudah pun menemui akhbar dan media luar negara untuk menceritakan kisah nya, tetapi mereka tahu mereka hanya alat kepada Tun Mahathir dan ketahui apa kesalahan mereka.

Mereka bernasib baik kerana Najib bukan lah Mahathir.

Akibat kebijaksanaan Najib memintas banyak kerja kotor yang cuba dibuat oleh puak Pro Mahathir, maka akhirnya tertubuh lah parti baru Pribumi, ini ada lah opsyen akhir Tun Mahathir, kerana plan utama menggunakan kan ahli UMNO untuk tumbang kan Najib yang telah pun gagal.

Bagai dikatakan oleh setengah pihak selama mana Najib boleh bertahan , maka semakin kekalutan akan terbongkar mengenai Tun Mahathir.

Walaupun Tun Mahathir dan kuncu mengeluarkan dana yang banyak untuk membunuh jenama “Najib”, namun tanpa perlu keluar dana seperti Mahathir kisah lampau Mahathir yang makin mula diketahui oleh rakyat.

Benar bagai dikata, atas sebab reputasi Mahathir amat teruk ketika menjadi Perdana Menteri, maka sebelum mata nya pejam, Tun Mahathir harus capai cita cita peribadi nya menaikan zuriat yang mewarisi berbillion ringgit dan sambil itu mahu mencari pengganti kepada nama buruk nya, dan dia mendapati Najib sesuai untuk maksud itu, waima perlu keluarkan modal yang banyak ia dikira berbaloi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s