Dua Pelajar SK Tohoi Trauma Untuk Kembali Ke Sekolah

Posted on Updated on

Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.
Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.

GUA MUSANG, 23 Ogos — Hari ini genap setahun kejadian kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu.

Biarpun selepas setahun berlaku, kejadian itu masih menghantui hidup dua murid yang terselamat, Miksudiar Aluj, 12, dan Norieen Yaacob, 11, yang sehingga kini belum kembali semula ke sekolah akibat trauma ekoran kematian empat rakan serta kehilangan seorang rakan.

Norieen (berbaju merah) dan Miksudiar yang berwajah cengkung ketika ditemui semalam selepas 47 hari hilang di hutan Gua Musang.
Norieen (berbaju merah) dan Miksudiar yang berwajah cengkung ketika ditemui semalam selepas 47 hari hilang di hutan Gua Musang.

Tahun lepas, selepas hampir 50 hari hilang di dalam hutan, empat daripada mereka iaitu Ika Ayel, 9, Haikal Yaacob, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, ditemui mati, manakala seorang lagi pelajar, Sasa Sobrie, 8, sehingga kini masih belum ditemui.

Kanak-kanak Orang Asli, Miksudiar Aluj (tengah) yang sebelum ini dirawat di HRPZII, Kota Bharu bergambar bersama dua kakitangan kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang untuk lebih dekat dengan kampung halamannya.
Kanak-kanak Orang Asli, Miksudiar Aluj (tengah) yang sebelum ini dirawat di HRPZII, Kota Bharu bergambar bersama dua kakitangan kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang untuk lebih dekat dengan kampung halamannya.

Miksudiar ketika ditemui di Kampung Gawin di Pos Tohoi di sini masih berkurung di dalam rumahnya manakala Norieen yang berasal dari Kampung Penad di Pos Tohoi, di sini kini tinggal bersama ibu saudaranya di Kuala Lumpur sejak Mei lepas kerana kerap menangis apabila terkenangkan kejadian itu.

Bapa saudara Miksudiar, Akek Bahel, 47, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gawin berkata Miksudiar sudah beransur sihat tetapi masih memerlukan rawatan lanjut kerana masalah jantungnya belum lagi stabil.

Kanak-kanak Orang Asli yang hilang sebelum ini, Norieen sudah dibenarkan pulang ke kampungnya.
Kanak-kanak Orang Asli yang hilang sebelum ini, Norieen sudah dibenarkan pulang ke kampungnya.

Akek berkata Miksudiar sudah bersemangat untuk kembali bersekolah namun dihalang ibunya, Rosita Bahel, 43, yang bimbang kejadian sama berulang kembali.

“Kami berasa terkilan juga dengan kejadian itu namun sentiasa membuat perbincangan dengan Rosita supaya anaknya kembali semula ke sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, ibu Norieen, Midah Angah, 41, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penad berkata Norieen tidak boleh tinggal di rumah kerana kerap menangis teringatkan adiknya, Haikal yang ditemui mati dalam tragedi tersebut.

Midah berkata Norieen terpaksa keluar dari kampung itu dan tinggal bersama ibu saudaranya di Kuala Lumpur untuk sementara waktu bagi melupakan tragedi berkenaan.

“Kami memang nak hantar semula Norieen ke sekolah, tetapi tunggu dia pulang Oktober ini bagi membincangkan perkara itu dan memilih mana-mana sekolah rendah yang dia suka.

“Norieen menolak untuk bersekolah di SK Tohoi dan SK Kuala Betis dan kalau boleh kami nak hantar dia belajar di mana-mana sekolah rendah sekitar bandar Gua Musang,” kata Midah.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang Muhammad Zahari Othman berkata pihaknya memberi keistimewaan kepada dua murid terbabit membuat pilihan untuk bersekolah di mana-mana sekolah pilihan mereka.

“Sejak awal lagi mereka tolak untuk bersekolah di SK Tohoi kerana tragedi itu dan terpulanglah kepada mereka untuk menyambung persekolahan mereka di mana-mana sekolah yang mereka suka,” katanya.

– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s