Esszone,! Perintah Berkurung Dilanjutkan

Posted on

sJan16esszone

KOTA KINABALU: Fasa ke 48 perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah, Esszone yang berakhir 7 petang esok, dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 8 September ini mengikut seksyen 31 (4) Akta Polis 1967.

Perintah berkurung itu berkuat kuasa dari pukul 7 malam hingga 5 pagi, setiap hari.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Perintah berkurung berkenaan membabitkan jarak tiga batu nautika dari kawasan pantai di daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Langkah meneruskan perintah berkurung itu adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa serta pelancong yang berkunjung ke pulau-pulau peranginan di kawasan berkenaan.

Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan dari selatan Filipina yang menjalankan aktiviti penculikan untuk mendapatkan wang tebusan serta kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan Esszone untuk melakukan jenayah rentas sempadan.

Katanya, selain untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah, perintah berkurung berkenaan juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pergerakan serta menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pengusaha chalet dan nelayan melalui kehadiran anggota keselamatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s