Mahathir Sahkan Wujudnya Konspirasi Tumbangkan Najib

Posted on

zeti-gani-abu-530x290 (1)

Pendedahan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang pengkhianatan terhadap tiga bekas pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri, hanya mengesahkan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berkata, perkara tersebut sebenarnya bukan rahsia kerana bekas Perdana Menteri itu pernah secara terbuka mengumumkan hasratnya untuk menyingkirkan Najib. Menurut beliau, Dr. Mahathir juga telah menggunakan semua agensi kerajaan yang mempunyai hubungan dengannya bagi menjayakan konspirasi tersebut.

“Masihkah anda ingat orang nombor dua dalam Cawangan Khas secara terbuka mengumumkan dirinya seorang penyokong setia Dr. Mahathir?

“Dr. Mahathir juga menggunakan media asing dan laman-laman blog untuk melaporkan tentang Najib dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya melalui portal tersebut (http://www.malaysia-today.net) hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mendakwa, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed telah dikhianati oleh pihak yang tidak dinamakan identitinya.

Beliau membuat dakwaan itu selepas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menjelaskan, tindakan­nya membuat laporan polis ter­hadap tiga bekas pegawai kerajaan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 26 Julai lalu berjaya menggagalkan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.

Raja Petra menambah, Dr. Mahathir amat kecewa kerana segala cubaannya untuk menyingkirkan Najib menemui kegagalan.

“Beliau sanggup melakukan sabotaj terhadap 1MDB dengan menggagalkan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu serta memastikan pinjaman yang dipohon 1MDB tidak diluluskan,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sekiranya isu 1MDB tidak timbul, Dr. Mahathir akan mencari alasan lain bagi mewajarkan tindakannya menjatuhkan Najib.
– UM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s