Mantan Presiden Singapura Meninggal Dunia

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-23 at 12.43.39

SINGAPURA: Mantan Presiden S R Nathan akan diberikan Upacara Persemadian Negara pada Jumaat (26 Ogos).

Demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) setelah Encik S R Nathan meninggal dunia pada pukul 9.48 malam semalam (22 Ogos).

Menerusi kenyataan media PMO: “Pemerintah memenuhi hasrat mendiang Encik S R Nathan dan keluarganya berhubung pengurusan jenazah mendiang. Pemerintah akan menghulurkan segala bantuan yang diperlukan.

“Sebagai tanda hormat kepada Encik Nathan, bendera negara di semua bangunan pemerintah akan dikibarkan separuh tiang mulai Selasa (23 Ogos) sehingga Jumaat (26 Ogos) 2016.

“Jenazah mendiang Encik Nathan akan ditempatkan di Bangunan Parlimen dari pukul 10.00 pagi Khamis (25 Ogos) sehingga 12.00 tengah hari pada Jumaat (26 Ogos). Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir mereka kepada mendiang di Bangunan Parlimen mulai pukul 10.00 pagi sehingga 8.00 malam pada Khamis (25 Ogos). Pada Jumaat (26 Ogos) pula, para anggota dari kedutaan asing dan pegawai-pegawai lain boleh memberikan penghormatan terakhir mereka dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

“Upacara Persemadian Negara akan berlangsung dari pukul 4.00 petang pada Jumaat (26 Ogos) di Pusat Kebudayaan Universiti (NUS). Ia akan dihadiri oleh keluarga Encik Nathan, sahabat handai dan bekas rakan-rakan sekerja, Presiden, para Menteri Kabinet, Anggota-Anggota Parlimen, pegawai Perkhidmatan Awam serta rakyat Singapura dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Upacara Persemadian Negara itu akan disusuli dengan upacara persemadian privet di Krematorium Mandai.”

“Papan-papan ucapan takziah akan dibangunkan di Istana bagi mereka yang ingin merakamkan penghargaan dan sanjungan buat mendiang Encik Nathan mulai pukul 6.00 pagi pada Selasa (23 Ogos). Buku-buku ucapan takziah juga disediakan di semua bangunan kedutaan untuk rakyat Singapura dan rakan-rakan mereka yang berada di luar negara.”

– BERITAMediaCorp

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s