Masyarakat Suluk Jangan Terpengaruh Dakyah Kebencian Kepada Kerajaan – MPSS

Posted on

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) Mohd Zaki Harry Susanto.
Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) Mohd Zaki Harry Susanto.

KOTA KINABALU, 22 Ogos — Masyarakat Suluk tempatan di Sabah diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang cuba menyemai bibit kebencian terhadap kerajaan.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) Mohd Zaki Harry Susanto berkata masyarakat berkenaan harus sentiasa berfikir dan bertindak secara bijaksana agar mereka berada pada landasan arus perdana bersama etnik lain di negeri ini.

Mohd Zaki dalam kenyataannya hari ini berkata, masyarakat Suluk tempatan di Sabah perlu menolak retorik ciptaan pihak tertentu kerana ia tidak membawa sebarang keuntungan kepada etnik berkenaan.

“Kita tidak perlu menjadi ‘kambing hitam’ kepada pihak yang mahu mengeksploitasi masyarakat Suluk di Sabah. Mereka hanya mahukan sokongan untuk agenda peribadi. Persoalannya, mengapa baru sekarang mereka tiba-tiba menjadi begitu ‘prihatin’ terhadap masyarakat Suluk tempatan di Sabah?

“Mengapa tidak dari dulu? Ini memberikan gambaran bahawa kumpulan tersebut tidak pernah ikhlas terhadap masyarakat Suluk di negeri ini,” katanya.

Menurut Mohd Zaki dalam keadaan di mana imej masyarakat Suluk tempatan Sabah sedang berhadapan dengan cabaran, mereka seharusnya mengelak daripada terlibat dalam kemelut yang merugikan.

Katanya, apa yang patut dilakukan masyarakat berkenaan ialah mereka perlu dilihat menjadi pendukung kuat kerajaan dan bukannya menongkah arus.

“Ini kerana, masyarakat Suluk tempatan akan rugi jika bersekongkol dengan pembangkang kerana pihak tersebut tidak mampu membuat apa-apa kebaikan terhadap masyarakat Suluk tempatan berbanding kerajaan,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s