Parti Mahathir,! Bukan Penentu Dalam PRU14

Posted on

sOGOStansriSHAHRIZAT

LABUAN – Kemunculan parti politik baharu dalam menuju pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bukan perkara luar biasa sebaliknya satu kebiasaan atau norma dalam arena politik tanah air, kata Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan anggota UMNO agar tidak memandang penubuhan parti baharu “sambil lewa” dan perlu bersiap sedia untuk menghadapi saingan daripadanya.

“Kemunculan parti-parti (baharu), meskipun diterajui oleh bekas pemimpin UMNO, ia bukan menjadi ‘penentu’ dalam PRU14. Adalah penting bagi kesemua pergerakan (sayap) dalam UMNO untuk sentiasa bersiap-sedia menyumbang khidmat untuk rakyat di semua peringkat.

“Yang amat mustahak untuk menang dalam pilihan raya adalah untuk meletak rakyat sebagai pengukur khidmat bakti kita atau KPI (Petunjuk Prestasi Utama), dan sekiranya kita meletak rakyat sebagai KPI, rakyat akan memberi respons yang baik kepada kita (UMNO),” katanya.

Shahrizat berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Labuan, di sini Sabtu.

Beliau menggesa barisan kepimpinan dan anggota parti agar melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dalam mendepani pembangkang dalam menghadapi PRU14.

“Kita harus ada perancangan untuk rakyat…fokus utama kita adalah (membantu) rakyat,” katanya.

Shahrizat berkata Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO akan terus menjadi ‘benteng’ kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengharungi pelbagai bentuk cabaran.

Dalam pada itu, katanya melihat kepada peranan penting wanita, adalah perlu pemimpin pergerakan Wanita diberi jawatan penting sama dengan pemimpin lelaki termasuk di peringkat bahagian parti.

“Setiap kejayaan seorang lelaki itu, selalunya di sisinya adalah wanita atau isteri yang tabah. Oleh yang demikian, pergerakan Wanita tidak harus diperkecilkan tetapi harus dihormati atas pengorbanan dan maruah mereka,” katanya.

Shahrizat juga mengingatkan anggota dan barisan kepimpinan pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda agar tidak menjadikan pergerakan itu sebagai platform untuk bersaing atau ‘berlawan-lawan’ yang hanya akan menjejaskan parti.

Sementara itu di MUAR, Ketua UMNO Bahagian Muar Datuk Razali Ibrahim berkata anggota parti tidak perlu risau tentang parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO kerana kekuatan UMNO lahir daripada sokongan padu akar umbi.

Beliau berkata apa yang perlu dilakukan adalah berusaha memantapkan lagi parti.

“Kita buat apa yang kita mampu, yang kita tidak mampu kita serahkan kepada Allah SWT namun pada masa yang kita perlu berusaha melakukan apa yang boleh dilakukan,” katanya ketika berucap pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Muar hari ini yang dirasmikan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pada itu, Razali berkata UMNO Bahagian Muar mengucapkan tahniah kepada kontinjen negara di temasya Olimpik Rio yang setakat ini telah berjaya meraih tiga pingat perak dan satu pingat gangsa.

Di RAUB, Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun mahu anggota pergerakan itu memberi tumpuan kepada pengundi wanita kerana kaum hawa merupakan 50 peratus daripada jumlah pengundi di negara ini.

“Ini perlu dilakukan supaya mereka ini (pengundi wanita) akan bersama-sama kita dan memberikan undi untuk kemenangan calon BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Raub hari ini.

Mengenai parti baharu yang dinaungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Azizah berkata ia merupakan satu cabaran yang memerlukan pergerakan itu bekerja lebih kuat mempertahankan parti.

“Bagi kita Wanita UMNO sama ada parti baharu atau parti sedia ada semua itu merupakan cabaran berterusan. Kita tidak akan pandang remeh.

“Kita (Pergerakan Wanita) sebagai tulang belakang kepada UMNO akan terus taat setia kepada parti dan dengan lebih 200,000 anggota Wanita UMNO di seluruh negara kita mampu menjadi jentera yang kuat untuk mempertahankan parti,” katanya.

– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s