Sarawak Report,! ‘Teka Teki’ Untuk Alih Cerita Saman Tidak Jadi

Posted on

IMG_20160817_144456

Awal bulan ini, portal Sarawak Report telah membuat tuduhan bahawa PAS telah menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tuduhan itu dibuat berdasarkan kepada andaian atau pun `sembang’ kedai kopi sahaja.

Ia mengakibatkan PAS melenting dengan fitnah itu dan nekad untuk menyaman editornya, Clare Rewcastle Brown serta portal Sarawak Report yang berpengkalan di United Kindom (UK) ini.

Beberapa minggu sudah berlalu, kini ramai yang menanti bilakah PAS akan memulakan proses saman terbabit dan tidak terkecuali dalam isu ini adalah timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ini kerana beliau merupakan individu pertama yang memberikan reaksi terhadap laporan Sarawak Report itu dan menyuarakan hasrat PAS untuk menyaman portal putar belit berkenaan.

Dan ketika PAS difitnah dengan isu berkenaan, nada Tuan Ibrahim juga nampaknya sudah agak kendur, tidak banyak membicarakan mengenai fitnah yang dihadapi oleh PAS itu sebaliknya beliau kembali menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Malaysia Official 1 (MO1).

Tuan Ibrahim kini sibuk memperkatakan “mengenai teka-teki identiti MO1”.

Adakah beliau cuba mengalihkan perhatian daripada isu sebenar iaitu menutup cerita saman Sarawak Portal dengan memperkatakan mengenai isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat itu, sedangkan Perdana Menteri langsung tidak terlibat dalam saman sivil terbabit.

Agaknya PAS sedar bukan senang untuk menyaman Sarawak Report kerana mengikut Akta Fitnah United Kingdom 2013, seseorang itu tidak boleh mengambil tindakan saman ke atas warga Britain kerana dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan negara terbabit.

Halangan itulah yang menyebabkan Najib tidak mengambil tindakan saman walaupun banyak pihak khususnya pembangkang mendesak beliau berbuat demikian bagi membersih­kan namanya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Advertisements

One thought on “Sarawak Report,! ‘Teka Teki’ Untuk Alih Cerita Saman Tidak Jadi

    […] Baca: Sarawak Report,! ‘Teka Teki’ Untuk Alih Cerita Saman Tidak Jadi […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s