Dengan Bangganya PAN Iktiraf Ahli Bukan Islam Setaraf Ahli Beragama Islam

Posted on

ANUAR-PAN-IKTIRAF-ISLAM

KUALA LUMPUR – PAN hari ini berbangga dengan pencapaian terbesar parti itu yang mengiktiraf ahli bukan beragama Islam mempunyai taraf yang sama dengan ahli beragama Islam.

Menurut Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir, beliau berkata ahli bukan beragama Islam diberi peranan kepimpinan serupa dengan ahli beragama Islam di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan.

“Beberapa bulan selepas parti didaftarkan, PAN ketengahkan calon bukan Islam dalam pilihan raya Sarawak dan ini merupakan pencapaian terbesar untuk sebuah parti Islamis,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma PAN, di sini hari ini.

Dalam pilihan raya tersebut, jelas Anuar PAN telah kemukakan dua calon Dayak Kristian iaitu aktivis tempatan Rapelson Richard Hamit untuk kerusi Gedong, dan bekas askar Andrew Zain, yang bertanding di kerusi Sebuyau.

Jelasnya, PAN tidak akan bertolak-ansur dengan isu perkauman.

“Kita mahu negara yang bersatu dan demokratik, selaras dengan wawasan Allahyarham Burhanuddin al-Helmy,” ujarnya.

Untuk rekod, Burhanuddin Muhammad Nur al-Hilmi atau lebih dikenali Burhanuddin al-Helmy, adalah seorang aktivis Melayu dan ahli politik sebelum Merdeka dan pernah memimpin PAS sebagai presiden dari 1956 hingga 1969.

Turut dimaklumkan, pada 16 September akan datang PAN sebagai sebuah parti akan menyambut ulangtahun pertamanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s