Lelaki Cedera Diserang Buaya Di Sungai Gong Ketereh

Posted on Updated on

WhatsApp Image 2016-08-23 at 22.11.47
Sungai Gong Ketereh, Pasir Puteh, Kelantan.

PASIR PUTEH, 23 Ogos — Seorang tukang perabut nyaris maut selepas diserang buaya ketika membersihkan jala di tepi Sungai Gong Ketereh, di sini.

Ibrahim Nor, 58, berkata dalam kejadian pukul 10.30 malam pada Ahad lepas, beliau bersama tiga rakannya sedang membersihkan sampah yang melekat pada jala tersebut selepas menjala udang galah di sungai berkenaan.

“Ketika saya sedang membersihkan jala, tiba-tiba lutut dan betis saya digigit buaya. Selepas bergelut seketika, saya dapat melepaskan diri dan naik ke tebing sungai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tualang Rendah di sini, Selasa.

Ibrahim berkata tiga rakannya itu kemudian segera membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Anis di sini.

Akibat insiden itu, beliau cedera di paha, betis dan lutut kiri sepanjang kira-kira 20 sentimeter akibat gigitan reptilia itu.

Ibrahim berkata, beliau sedia maklum sungai berkenaan ada buaya kerana sebelum ini penduduk pernah melihat reptilia tersebut namun tidak menyerang mereka.

“Saya menangkap udang galah di sungai ini sejak 12 tahun lalu namun tidak pernah diserang buaya. Penduduk sekitar pernah mengingatkan saya supaya berhati-hati ketika menjala di sungai itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohammad Khairi Ahmad berkata pasukan peninjau jabatan itu akan dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap buaya berkenaan.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya segera melaporkan kepada Perhilitan jika terserempak dengan reptilia tersebut,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

One thought on “Lelaki Cedera Diserang Buaya Di Sungai Gong Ketereh

    Penduduk Bimbang Serangan Buaya « Kelantan News said:
    August 25, 2016 at 02:06

    […] Baca: Lelaki Cedera Diserang Buaya Di Sungai Gong Ketereh […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s