Marina Mahathir Sokong Namewee, Hina Umat Islam Bukan Satu Jenayah

Posted on

MARINA-MAHATHIR-NAMEWEE

KUALA LUMPUR – Aktivis hak asasi manusia, Marina Mahathir hari ini menyifatkan tindakan polis menahan penyanyi kontroversi, Namewee sebagai melampau dan mungkin didorong oleh keperluan untuk memuaskan hati umat Islam yang tersinggung dengan tindakan artis tersebut.

Marina yang merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil mempertahankan penyanyi berkenaan dan beberapa individu lain yang ditahan atas dakwaan menghina Islam dengan aksi mereka menyanyi rap dan menari dalam sebuah masjid di Pulau Pinang tersebar melalui sebuah video klip baru-baru ini.

“Kita tidak boleh terus tunduk kepada orang-orang yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka yang tersinggung. Saya rasa agak tersinggung bila mereka tersinggung,” ujarnya kepada satu media tempatan.

Mengulas lanjut, Marina berpendapat tindakan menangkap Namewee adalah keterlaluan dan pihak polis sepatutnya tidak mengambil tindakan sedemikian.

“Ia tidak sepatutnya diperlakukan begitu. Pihak berkuasa perlu melihat video dengan betul dan mengetahui apa yang undang-undang yang diingkari.

“Hanya kerana orang (umat Islam) yang tersinggung, ia tidak bermakna bahawa ia adalah satu jenayah,” katanya lagi.

Marina sebelum ini pernah mengundang kontroversi apabila mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Kristian selain turut mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas kitab Bible berbahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s