MT,! Jangan Tebuk Kapal Untuk Jatuhkan Nakhoda

Posted on

MohamadHasan-JgnTebukKapal-768x768

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hj Hasan berkata UMNO hari ini umpama sebuah kapal yang sedang melalui ombak dan badai yang menuntut kepada kerjasama serta muafakat daripada seluruh ahli parti.

Justeru katanya dalam keadaan tersebut semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar bahtera yang sama-sama dinaiki boleh sampai ke destinasi dan seterusnya melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah yang ada di depan mata.

“Mari kita sama-sama bekerja dan bersatu hati. Mari kita pastikan bahtera kita ini melepasi daripada taufan yang melanda kita. Yang pegang tali layar pegang kuat-kuat, yang pegang kayuh… kayuh kuat-kuat. Yang cedok air daripada perut kapal terus cedok. Jangan pula sama-sama menebuk perut kapal.

“Kalau kita terus menebuk kapal dan akhirnya kapal tenggelam apa akan jadi… semuanya akan mati. Mati kita tengah laut… dan jangan ingat kita tebuk perut kapal hanya nakhoda kita sahaja yang akan mati. Tengah gelombang nak tangkap nakhoda buang ke tengah laut… jangan macam itu.

“Biar kita sampai ke pengkalan kita dahulu. Dan apabila zaman kita berunding kita berunding betul-betul dan beradab betul-betul. UMNO ada adab kita. Sampai pemilihan besok bertandinglah. Dulu mana boleh senang-senang untuk bertanding… nak bertanding mesti ada kuota… dan orang ini yang menyebut sekarang kita tidak ada demokrasi. Kita dah buka dah… yang memilih pemimpin UMNO adalah kita semua dan lebih 1000 ribu yang memilih… dulu lebih 1000 sahaja,“ katanya.

Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan seterusnya menambah apa yang berlaku biarlah berlalu dan semua pihak mesti pandang ke depan dan bukannya toleh ke belakang lagi.

“Yang penting sekali kita mesti kena muafakat. Jangan kita bersengketa dan yang sudah itu sudahlah… kita kena pandang ke depan. Itu sebab kereta cermin depan lebih besar daripada cermin belakang kerana kalau sebaliknya akan berlanggar. Pandang ke depan dan pandang masa depan kita semua.

“Pandang mana kita nak pergi… kena pandang jauh-jauh. Pandang mana kita nak bawa negara kita… bangsa kita. Jangan jadi macam ikan sembilang dalam sungai… pandang besar-besar sahaja.

“Kita kena pandang apa ancaman yang kita sedang hadapi. UMNO ini parti keramat. Parti yang menentukan hidup matinya orang Melayu dan parti yang menenetukan anak-anak ada tempat di tanah air sendiri melainkan kita mahu tengok anak-anak kita merempat nanti,“ ujarnya.

Kata beliau lagi UMNO umpama sebatang pokok subur yang menjadi pelindung dan juga tempat untuk berteduh.

“Kita mesti terus sama-sama membajai… bajalah pokok ini dan siramlah air supaya lebih subur. Jangan pulak kita letak racun supaya pokok ini mati. Mati pokok ini tidak ada lagi tempat untuk berlindung. Kita kena cari pula pokok-pokok muda dan pokok muda belum tentu lagi mampu menjadi tempat berlindung. Pohon yang baru hidup ini belum tentu mampu jadi tempat berlindung. Sayangilah pokok UMNO yang 70 tahun. kita jagalah elok-elok.

“Pokok yang menguatkannya adalah akar umbi. Kekuatan pokok bukannya pada pucuk atau pada daun. UMNO kuat di akar umbi. Kuatkanlah UMNO… inilah akar umbi yang bekerja siang dan malam mencari galian untuk menguatkan pokok UMNO. Jangan akar umbi diserang dek anai-anai kerana akhirnya akan mati pokok kita,“ katanya.

– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s