Najib Razak Bapa Transformasi Pengangkutan Rel Malaysia

Posted on

najib-transformasi-rel

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sememangnya layak untuk digelar sebagai ‘Bapa Transformasi Pengangkutan Rel Malaysia’.

Seperti setiap Perdana Menteri yang mentadbir Malaysia sebelum beliau, pasti akan mencipta legasinya yang tersendiri. Ambil contoh, bapanya iaitu Tun Abdul Razak yang mengilhamkan Felda yang sehingga kini masih kekal relevan dalam menjana ekonomi penduduk luar bandar.

Dan dalam soal pembangunan pengangkutan rel di negara ini, bukan sedikit jasa Najib untuk mentransformasikan pengangkutan rel negara yang pada satu ketika dahulu pernah dilabelkan sebagai agak ketinggalan dari segi efisyen dan kemudahan serta keselamatan kepada pengguna.

Jika diimbas kembali sejarahnya, sebenarnya perubahan kemudahan pengangkutan rel negara ini sudah dimulakan sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Pedana Menteri lagi. Di bawah pentadbiran beliau, sistem pengangkutan Komuter dan Rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) diperkenalkan.

Malah, sistem pengangkutan ERL juga diperkenalkan pada zaman pentadbiran Mahathir di mana ianya membolehkan pelancong dari dalam mahupun luar negara, berhubung di antara Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan pusat Bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih pantas dan cekap.

Perkara yang sama diteruskan juga semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mana perkhidmatan Monorel pula diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan dilakukan seperti perkhidmatan bas transit yang membolehkan penduduk sekitar dapat berhubung terus dengan mana-mana stesen LRT, Komuter dan Monorel.

Mengambil kira kepentingan dan keperluan pesat pengangkutan rel ini, Najib menyasarkan untuk melihat seluruh pembangunan sistem pengangkutan rel ini dimajukan sesuai dengan status Malaysia yang sedang menuju kearah sebuah negara maju.

Justeru, sebagai langkah pertama, beliau menyelami terlebih dahulu segala permasalahan yang timbul melalui sistem pengangkutan LRT, Monorel dan Komuter menerusi beberapa “walkabout” yang beliau lakukan sendiri.

Hasil daripada penelitian beliau sendiri, maka lahirlah beberapa idea penambah baikan sistem rel untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama kearah mentransformasikan pengangkutan rel ini, beliau mahu melihat stesen-stesen LRT di ibu negara dibaikpulih sesuai dengan keperluan semasa.

Malah, gerabak-gerabak lama turut ditukar bagi menjamin keselamatan pengguna yang menggunakan sistem pengangkutan ini.

Paling diingati adalah, bagaimana beliau mahu melihat, sebuah gerabak khas disediakan khas buat kaum wanita yang pada satu ketika dahulu terpaksa berhimpit-himpit dengan kaum lelaki pada waktu puncak.

Idea ini juga turut diterjemahkan kepada sistem komuter dimana hari ini, ketepatan masa pengangkutan ini juga sudah jauh dipertingkatkan.

Lebih menarik lagi, pengangkutan train antara bandar (ETS) juga turut direalisasikan oleh beliau.

Jika dahulu, masa yang diambil untuk ke Padang Besar, Perlis dengan menggunakan keretapi mel lama mengambil masa sehingga 8 jam dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur, hari ini jurang masa berkenaan dapat disingkatkan kepada hanya empat jam.

Malah pengangkutan keretapi mel biasa yang menjadi ikon nostalgik bagi Keretapi Tanah Melayu (KTM), turut mengalami transformasi. Hari ini, kita tidak lagi melihat pengangkutan keretapi yang penuh sesak dengan penumpang sehingga terpaksa duduk di lantai. Semua gerabak train mel biasa ini sudah ditambah baik sesuai dengan peredaran semasa.

Menyedari keperluan mendesak penduduk yang tidak dihubungi dengan pengangkutan LRT di luar laluan sedia ada, beliau telah meluluskan pembinaan laluan baru LRT 2 dimana ianya meluaskan lagi rangkaian perkhidmatan LRT sedia ada.

Hari ini, penduduk Puchong, Saujana Putera dan beberapa kawasan lagi menikmati kemudahan Transit Aliran Ringan ini dengan lebih menyeluruh.

Paling menarik untuk disaksikan adalah, pembinaan High Speed Railway (HSR) yang menghubungkan KL Sentral dengan Singapura yang akan memendekkan perjalanan daripada 6 jam kepada hanya 90 minit.

Dijangkakan, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026 ini dijangka mampu menjana ekonomi penduduk sekitar laluan ini serta akan meningkatkan lagi kemasukan pelancong di antara kedua-dua buah negara.

Melalui projek ini juga, ianya disasarkan mampu untuk merancakkan ekonomi bagi kedua-dua buah negara.

Inilah ikon terbaru ilham daripada kesunguhan beliau dalam mentransformasikan pengangkutan awam negara ke arah lebih efisyen dan bersepadu, sesuai dengan status negara yang menuju kearah sebuah negara maju.

Najib sentiasa tanpa jemu mahu memastikan semua jenis pengangkutan awam termasuk perkhidmatan rel ini sentiasa dimajukan untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s