PAN Bakal Dibubarkan Menjelang PRU 14?

Posted on

IMG_8744

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Parti Amanah Negara (PAN) dilihat bergelut untuk mencari tapak bagi meletakkan calon mereka untuk bertanding pada Pilihan raya Umum (PRU) akan datang seandainya ‘status quo’ rakan-rakan di dalam pakatan harapan termasuk kawasan yang ditandingi Pas terus kekal.

Mengambil contoh di Selangor kedudukan parti tersebut walaupun pada ketika dan waktu ini mendapat sedikit perhatian daripada Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali ianya bukanlah jaminan yang konkrit bahawa mereka akan mendapat laluan mudah untuk bertanding di negeri berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, YB Halimaton Saadiah Borhan ketika diminta mengulas senario berkenaan mengakui hakikat tersebut yang mana sudah tentu PAN hanya mengharapkan belas ihsan rakan-rakan sekutu di dalam pakatan harapan semata-mata.

Dan kata beliau lagi mereka juga mengharapkan sedikit sumbangan daripada Pas untuk menyerahkan kerusi yang ditandingi oleh parti itu sebelum ini, namun keadaan itu adalah sesuatu yang amat sukar.

“Rasanya cukup sukar untuk PAN meletakkan calon mereka untuk bertanding. Nak ambil kawasan mana sehingga kini masih lagi belum mencapai kata sepakat dan tidak mustahil akan terus buntu.

“Itu masih lagi belum diambil kira kehadiran parti baru pimpinan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasssin yang hari ini dilihat akan mengadakan kerjasama bersama parti pembangkang.

“Jadi bukankah keadaan itu akan menyukarkan lagi harapan PAN untuk meletakkan calon mereka. Jadi apakah PAN akan dibubarkan sekiranya senario tersebut benar-benar berlaku?,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut Halimaton seterusnya menambah jika keadaan itu benar-benar berlaku ianya bukanlah perkara yang pelik dan bukanlah perkara yang mengejutkan kerana kelahiran parti itu sendiri yang hanya untuk menjadi alat sesama mereka.

“Tidak menghairankan pun kerana pada saya itu adalah penyelesaian bagi mereka. Berada di dalam satu pakatan bukanlah satu jaminan untuk mencapai kata sepakat dan mencari titik noktah.

“Yang jelasnya tidur sebantal mimpi lain-lain menjadi nyata dan terus menjadi igauan buat mereka. Maklumlah hala tuju yang tidak sama,”ujarnya.

– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s