Parti Mahathir,! Pas Belum Terima Permohonan

Posted on

mahathir-Parti-Pribumi-Bersatu-Malaysia-1

KOTA BHARU: PAS belum menerima permohonan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi menjalin kerjasama untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PAS sehubungan itu tidak boleh memberi reaksi terhadap cadangan Parti Pribumi untuk berunding mengenai pembahagian kerusi pada PRU-14.

Malah, katanya, PAS sehingga kini belum berbincang dari segi pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dengan sekutunya PKR.

“Kalau ada permohonan daripada Parti Pribumi untuk mengadakan perbincangan, PAS di peringkat Jawatankuasa Pusat akan bincang dulu, patut atau tidak (sebelum memutuskan setuju untuk berbincang).

“Setakat ini, permohonan hanya dalam akhbar. Bagaimana kita nak jawab sebab tak ada permintaan rasmi daripada mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Balai Islam Lundang yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media sosial semalam mengenai hasrat Jawatankuasa Penaja Parti Pribumi itu untuk berunding dengan PAS dan PKR mengenai pembahagian kerusi pada PRU-14.

Bagaimanapun, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, pintu rundingan untuk dua parti pembangkang iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) sudah ditutup.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s