Skandal Terbesar Mahathir,! Kit Siang Sudah Memaafkan

Posted on

wp-1471964614245

Selama bertahun-tahun, Lim Kit Siang dan rakan-rakan mengungkit isu PKFZ sebagai kes rasuah melibatkan RM12.5 bilion.

Sejak duduk semeja, sejak bersama sama bercita cita hendak jatuhkan UMNO dan Najib, dosa skandal PKFZ ini sudah diampunkan oleh Kit Siang.

Mahathir pula menghapuskan semua dosa rasis dan chauvinis yang selama ini diucap dan dihamburkan pada Kit Siang.

Bagi Mahathir kini, Kit Siang umpama bayi yang baru lahir, tiada sebarang dosa langsung.

(Sebenarnya, ia adalah kira-kira lebih RM3 bilion. RM12.5 bilion yang dikatakan hanyalah satu angka andaian yang dibuat PWC untuk jangkaan jumlah kerugian yang akan terjadi pada tahun 2050 jika tiada sesiapa yang menyewa lot di PKFZ (ada yang menyewa) dan pinjaman tidak disusun semula (ianya telah disusun semula)

Isu PKFZ ini merupakan satu isu yang besar untuk Pakatan Pembangkang dalam PRU12 pada tahun 2008 dan juga PRU13 pada tahun 2013. DAP balun Mahathir “kaw kaw” pasal isu ini.

Malah, anda boleh katakan yang kempen PRU12 mereka dibina sekitar isu PKFZ – sama seperti yang mereka cuba lakukan sekarang dengan 1MDB..

Dua pemain utama adalah Ling Liong Sik, yang telah didakwa dengan 3 tuduhan menipu kerajaan dan Mahathir, yang memulakan projek itu pada tahun 2002 dan seperti yang PM dan Menteri Kewangan telah luluskan mengenai pernilaian tanah itu, faedah yang dikenakan ke atas tanah itu dan perjanjian-perjanjian yang ada dalamnya.

Mahathir kemudiannya juga memberikan keterangan di mahkamah yang merupakan kunci kepada pembebasan Ling Liong Sik pada tahun 2013 dan berkata, “Ling adalah seorang yang jujur yang tidak akan menipu kabinet”.

Tetapi melihat Ling Liong Sik dan Mahathir yang sekarang berkempen menentang Najib untuk “Selamatkan Malaysia”, Uncle Lim dan Pakatan tidak lagi mengungkit isu PKFZ ini dan seolah-olah telah memaafkan kedua-dua lelaki itu.

Begitu cepat Uncle Lim Kit Siang dan Pakatan melupakannya.

Malah, Lim Kit Siang telah menulis sebuah buku mengenai PKFZ yang bertajuk:

“Mother of All Scandals : The RM12.5 billion PKFZ Rip-off”

Bagaimana Uncle Lim boleh lupa “ibu” ini dengan begitu cepat sekali?

Anda masih lagi boleh membeli buku Uncle Lim dengan harga RM12.00 melalui atas talian. Mungkin dia juga boleh mendapatkan rakan-rakan barunya, Uncle Ling dan Pak Mahathir untuk menurunkan  autograf pada buku itu juga.

Mahathir juga telah memaafkan dosa rasuah banglo anak Kit Siang. Diam terus tidak bercakap langsung pasal skandal banglo anak Kit Siang biarpun kes itu sudah pun disahkan oleh SPRM.

Mother of All Scandals : The RM12.5 billion PKFZ Rip-off

http://www.penangbookshelf.com/pd-mother.cfm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s