[Video] Negeri Serambi Mekah, Lima Lelaki Dan Tiga Perempuan Termasuk Seorang Gadis Ditahan Atas Kesalahan Dadah

Posted on

image (6)

KOTA BHARU 23 Ogos – Lima lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang gadis berusia 16 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Meranti, Pasir Mas semalam kerana disyaki memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM17,430.

Serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 2.30 pagi itu turut menemukan 68 kelongsong peluru jenis HK 7.6.
Ketua Polis negeri, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, antara dadah yang dirampas ialah pil yaba (600 pil), syabu (20 gram), ekstasi (14 biji) dan codien (satu liter).

“Kita melancarkan operasi kira-kira pukul 2.30 pagi di sebuah rumah dan menahan lima lelaki dan tiga perempuan ber­usia antara 16 hingga 30-an. Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis masih menyiasat motif suspek menyimpan kelongsong peluru. Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ab. Rahman berkata, sepanjang Op Tapis Ber­sepadu dijalankan bermula malam kelmarin sehingga pagi semalam, Polis Kelantan telah menyelesaikan sebanyak 105 kes.

“Daripada 105 kes tersebut, kita telah membuat 119 tangkapan berkait pelbagai kesalahan dadah. Kesemua suspek yang ditahan berumur di antara 16 hingga 53 tahun.

Dalam kes berasingan, Ab. Rahman memberitahu, pihak­nya berjaya menyelesaikan sebanyak 457 kegiatan kes curi sarang burung walit di Kampung Selising, Pasir Puteh selepas menahan tiga lelaki di sebuah rumah baru-baru ini.

“Dalam kes tersebut, kita berjaya menangkap tiga suspek manakala seorang lagi masih bebas. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas geng tersebut, kita turut merampas dadah, wang tunai berjumlah RM3,000, komputer riba, peralatan pecah rumah dan sebuah kereta Honda Integra yang dipercayai kereta curi,” katanya.

– UM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s