10 Ekor Lembu Cuba Diseludup Dirampas Di Tumpat

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-24 at 20.59.52

TUMPAT, 24 Ogos — Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 10 ekor lembu bernilai kira-kira RM40,000 dalam satu serbuan di Kampung Bendang Pak Yong di sini Rabu pagi.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, ASP Ahmad Amri Abd Rahman berkata rampasan itu dilakukan pada pukul 5.30 pagi menerusi satu intipan yang dijalankan di kawasan tersebut.

“Ketika intipan dilakukan kita dapati beberapa lelaki sedang menarik lembu-lembu berkenaan dari arah Sungai Golok sebelum ditambat di dalam semak berdekatan.

“Menyedari kehadiran kami, kesemua suspek bertindak melarikan diri dengan meninggalkan semua lembu tersebut,” katanya kepada pemberita di Kampung Bendang Pak Yong.

Ahmad Amri berkata lembu berkenaan dipercayai dari Thailand dan dikumpulkan di satu tempat di sebelah negara berkenaan sebelum haiwan berkenaan diseludup masuk ke negara ini melalui Sungai Golok.

WhatsApp Image 2016-08-24 at 20.59.58

Beliau berkata lembu tersebut akan dibawa menyeberang melalui Sungai Golok di kawasan yang cetek dan akan diangkut menggunakan lori sebaik tiba di tebing sungai di negara ini.

Katanya aktiviti penyeludupan yang dilakukan warga tempatan itu dipercayai mendapat kerjasama penduduk Thailand yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau kenalan suspek.

“Kami percaya aktiviti penyeludupan haiwan ini agak aktif ketika ini berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan sempena Hari Raya Aidiladha nanti.

“Ini adalah rampasan kedua bulan ini membabitkan haiwan ternakan dan kami yakin terdapat beberapa sindiket berlainan yang menjalankan aktiviti ini. Kita akan terus memperkasakan kawalan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebanyak mungkin penyeludupan di sempadan,” katanya.

Kesemua hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Rantau Panjang, Pasir Mas untuk tujuan kuarantin.
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s