Dalang,! Bekas Gabenor Bank, AG Dan Ketua SPRM Digesa Tampil Bersihkan Nama Mereka

Posted on

zeti-gani-abu-530x290 (2)

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini menggesa tiga tokoh yang dinamakan oleh Sarawak Report sebagai ‘dalang’ yang mendedahkan 1MDB di luar negara supaya tampil membersihkan nama mereka.

Pengerusi Biro Media dan Penerbitan Pergerakan itu, Datuk Jamelah A. Bakar berkata ini adalah penting supaya rakyat tidak terus tertanya-tanya tentang adakah benar atau tidak ketiga-tiga tokoh yang pernah berada di kemuncak kerjaya masing-masing sanggup berbuat demikian.

Tegasnya mereka perlu membuat laporan polis untuk membersihkan nama mereka.

“Ini amatlah penting sebagai bekas Gabenor Bank Negara, sebagai bekas AG dan sebagai bekas tunjang utama SPRM yang jasa mereka amat besar kepada negara dan rakyat, mereka tidak harus berdiam diri dengan dakwaan Sarawak Report itu”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya berkata kerajaan dan rakyat yang menghargai jasa-jasa ketiga-tiga tokoh ini berhak mengetahui kedudukan perkara sebenarnya.

Tambahnya lagi mereka perlu sama ada melalui peguam mereka atau laporan polis dibuat ke atas penulis dan Penerbit Sarawak Report untuk membersihkan nama mereka.

“Janganlah beban diri dengan tuduhan yang berat itu dan kerajaan dan rakyat tertanya-tanya tentang kedudukan perkara sebenarnya”, ujar beliau.

– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s