Kesedar Sedia Perluas Kawasan Operasi Pentadbiran Di Machang Dan Tanah Merah

Posted on

logoKes

TANAH MERAH, 24 Ogos — Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bersedia memperluaskan kawasan pentadbiran di jajahan Machang dan sebahagian Tanah Merah yang belum menerima liputan operasi agensi itu.

Pengerusinya Datuk Abdul Aziz Derashid berkata ia bagi membolehkan agensi itu memainkan peranan lebih luas terhadap masyarakat luar bandar di kedua-dua jajahan tersebut.

Beliau berkata setakat ini agensi berkenaan telah menjalankan operasi di Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan sebahagian Tanah Merah.

“Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersetuju untuk mengambil dua jajahan itu sebagai kawasan operasi kami, namun kuasa memperluaskan kawasan pentadbiran terletak kepada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun (setakat ini) reaksi yang diberikan oleh kerajaan negeri tidak memberangsangkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Operasi Kesedar Kampung Peralla di sini, Rabu.

Abdul Aziz berkata terdapat keperluan bagi Kesedar memperluaskan operasi mereka di dua jajahan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan yang mahu membandarkan kawasan luar bandar.

Beliau berkata setakat ini dua jajahan tersebut masih tidak mempunyai agensi khusus bagi membangunkan kawasan berkenaan terutama membabitkan pembinaan infrastruktur dan kemudahan asas.
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s