Parti Mahathir,! Diingatkan Pemimpin UMNO Tidak Mengambil Mudah Dan Perlekehkan

Posted on

trhamzah

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak mengambil mudah serta memperlekehkan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau berkata, semua pihak memandang serius penubuhan parti baharu itu kerana ia dianggotai mereka yang berpengaruh serta pernah berada dalam UMNO. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada parti baharu itu akan mendapat sokongan kerana ia terpulang pada rakyat.

“Saya sendiri tidak dapat membuat penilaian mengenai perkara itu kerana ia parti baharu tapi yang pasti UMNO perlu memberi perhatian serius,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas perasmian penutup Kem Kecemerlangan Perdana Parlimen Gua Musang di Dewan Sekolah Menengah Sains Gua Musang, di sini, sebentar tadi.

Kem Kecemerlangan itu membabitkan 650 pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tengku Razaleigh berkata, semua pihak tidak boleh memandang rendah keupayaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengasas parti berkenaan.

“Kedua-dua pemimpin ini mempunyai pengaruh, berpengalaman dan kita tidak boleh memandang rendah terhadap mereka,” katanya.

– BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s