Parti Mahathir,! Muhyiddin Tidak Semestinya Dilantik Ketua Pembangkang

Posted on

1 (1)

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak semestinya dilantik sebagai ketua pembangkang jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Parti Pribumi) tidak komited kepada agenda reformasi pakatan itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perkara itu perlu diputuskan selepas mesyuarat agung parti itu, yang turut bersetuju sesiapa sahaja boleh dilantik sebagai ketua bagi pakatan parti pembangkang.

Beliau juga mendakwa pakatan pembangkang akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika mereka tidak bersatu dan menerima Parti Pribumi untuk bergabung menjadi satu komponen parti pembangkang.

“Jika pembangkang berlawan sesama sendiri, ini memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang pada PRU-14 nanti,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama sempena Siri Wacana Perdana Ke-20, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan sebuah portal berita, baru-baru ini, yang menyebut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, berkata Muhyiddin boleh dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen jika parti itu komited dan sehaluan dengan agenda pakatan parti pembangkang.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir mendakwa, tidak mengetahui apa-apa mengenai kenyataan Megat Fairus iaitu anak sulung bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, berhubung isu penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika pentadbiran beliau.

Baru-baru ini, sebuah laman blog memuat naik dakwaan Megat Fairus bahawa tindakan penahanan ISA yang ditandatangani bapanya adalah atas arahan dan persetujuan Dr Mahathir.

Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak tahu mengenai isu baharu yang dibangkitkan laman blog itu dan berpendapat mungkin anak Megat Junid lebih banyak tahu mengenai apa yang dilakukan oleh bapa beliau berbanding dirinya.
– BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s