Suburkan Semangat Cintakan Negara Walaupun Berbeza Ideologi Politik – Tengku Abdullah

Posted on

Abdullah

KUANTAN, 23 Ogos — Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan rakyat di negeri ini supaya terus menyuburkan semangat kesetiaan dan cintakan negara walaupun mempunyai perbezaan ideologi politik dan pendapat.

Baginda bertitah semangat patriotisme dan sayangkan negara perlu disebatikan dalam diri masing-masing bagi membolehkan keamanan dan kemakmuran yang dinikamati sejak sekian lama, terus dapat dipertahankan.

“Kalau negara lain, jika kita pergi ke rumah-rumah rakyat mereka (semasa sambutan bulan kebangsaan), ada bendera di tingkap, ada bendera di dalam rumah yang dipasang atas kesedaran sendiri dan tidak perlu menunggu kerajaan untuk memasangnya.

“Seharusnya kita juga berbuat demikian dan memasangya sepanjang masa, sepanjang hayat untuk menunjukkan semangat kesetiaan kepada negara walaupun kita mempunyai perbezaan ideologi politik,” titah baginda.

Baginda yang merupakan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bertitah demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan zakat perniagaan badan korporat di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana, di sini Selasa.

Dalam masa yang sama, titah baginda golongan ibu bapa, guru dan ilmuan agama juga perlu memainkan peranan untuk sama-sama menyemai dan menyubur semangat cinta dan setia kepada negara dalam kalangan generasi muda.

Pada majlis itu, Tengku Abdullah menerima zakat berjumlah RM6.840 juta daripada enam syarikat bagi diagihkan kepada lapan kumpulan asnaf di Pahang.

Syarikat berkenaan ialah Felda Global Ventures Holdings Berhad (RM5.272 juta), Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (RM913,877), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (RM260,000), Pahang Skills Development Centre (RM200,221), Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (RM105,109) dan Pertubuhan Peladang Kawasan Rompin (RM88,246).

Jumlah sumbangan zakat yang direkodkan di negeri ini sejak awal tahun ini sehingga Khamis lepas (18 Ogos), meningkat 5.8 peratus iaitu daripada RM60.8 juta dengan 70,008 pembayar zakat pada tahun lepas kepada RM61.8 juta dengan 71,346 pembayar zakat pada tahun ini.

Penyumbang bagi kutipan zakat terbesar adalah daripada sektor potongan gaji iaitu sebanyak RM23.6juta dan bayaran daripada badan-badan korporat sebanyak RM14.8 juta.
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s