Terus Menuduh UMNO Rasis, Hanya Dakwaan Orang Bohong Dan Bodoh

Posted on

maxresdefault (6)

PULAU PINANG, 24 Ogos – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Nordin membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad yang menyifatkan Parti Pribumi Bersatu bukan sebuah parti perkauman dan membandingkan parti tersebut dengan UMNO yang didakwa beliau sebagai parti yang mengamalkan politik perkauman.

Kenyataan beliau itu kata Jasmin, dilihat sebagai cubaan untuk terus menyuburkan persepsi terhadap UMNO sebagai sebuah parti yang berasaskan kaum dan bersifat perkauman terhadap kaum bukan Melayu.

“Saya lihat kenyataan beliau itu bukanlah berdasarkan fakta tetapi hanya lebih kepada pandangan seorang politikus yang kerjanya hanya mahu memberikan gambaran negatif dan imej buruk terhadap UMNO kepada rakyat.

“Khalid cuba mengaitkan bahawa UMNO adalah parti perkauman yang mengajak orang Melayu bersatu untuk menentang kaum lain dan gambaran yang cuba beliau berikan itu bagi saya hanya memperlihatkan kebodohan beliau sebagai seorang politikus.

“Mungkin beliau lupa atau tak tahu agaknya bahawa UMNO merupakan tunjang kepada BN, di mana terdapat berbelas parti di dalam BN yang terdiri dari pelbagai kaum.

“Dan sekiranya benar UMNO itu parti perkauman dan mengajak orang Melayu bersatu menentang kaum lain, sudah tentu UMNO tidak akan kekal bersama BN lagi hari ini,”tegasnya kepada UMNO Online ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PAN itu.

Tambah beliau lagi, terlalu banyak bukti yang wujud sepanjang kewujudan UMNO sejak tahun 46 sehinggalah kini untuk menafikan dakwaan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan konsep politik perkauman.

“Mungkin Khalid datang dari planet lain agaknya sebab itu dia tidak tahu bahawa UMNO bukan sahaja membantu orang Melayu, tetapi turut membantu kaum-kaum lain dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pentadbir dan pemerintah di negara ini.

“Hari ini kemakmuran negara bukan hanya dimiliki dan dinikmati oleh orang Melayu sahaja tetapi turut dikongsi bersama oleh kaum-kaum lain di negara ini. Bahkan kaum lain lebih ramai yang kaya raya dan berjaya berbanding orang Melayu di negara ini.

“Dalam pentadbiran negara pula, masakan ada wakil-wakil dari kaum Cina dan India di dalam kabinet sekiranya UMNO adalah parti perkauman.

“Kita dapat lihat dalam pemerintahan yang ditunjangi UMNO sejak dari Perikatan sehinggalah berubah nama kepada BN, orang-orang Cina dan India termasuk etnik lain tidak pernah dipinggirkan untuk bersama jemaah menteri bagi bersama-sama berusaha membangunkan negara dan membantu kaum masing-masing,” tegas beliau.

Justeru itu, beliau menasihati Khalid agar bercakap dengan fakta dan tidak bercakap kosong serta berbohong kepada rakyat, seolah-olah rakyat di negara ini bodoh dan tidak peka dengan apa yang berlaku.

“Sebagai pengarah komunikasi PAN, beliau kenalah jaga kredibiliti dan jangan buat kenyataan yang merapu tidak ketahuan punca. Tuduh UMNO rasis dan sebuah parti yang mengamalkan perkauman adalah satu persepsi palsu yang cuba dicipta oleh pemimpin pembangkang sepertinya sejak sekian lama untuk mengusik hati kaum bukan Melayu agar membenci UMNO.

“Dan sebelum dia nak puji atau angkat Parti Pribumi Bersatu, dia patut sedar bahawa parti yang kononnya bukan perkauman itu diasaskan oleh seorang pemimpin politik yang pernah membuat kenyataan bahawa beliau tidak perlukan undi kaum Cina untuk menang pilihanraya.

“Saya minta Khalid janganlah menganggap rakyat di negara ini bodoh dengan menghidangkan fakta dan hujah yang tidak masuk akal, yang mana secara tidak langsung memperlihatkan beliau sebagai seorang politikus yang suka bercakap auta dan bukan fakta,”jelasnya.

– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s