Umno Tumpat Akan Jadi ‘Kawan’ PM Najib Selama-lamanya

Posted on

14100339_817369175029557_1181151948731204124_n

TUMPAT, 20 Ogos — UMNO Bahagian Tumpat akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha memastikan perdana menteri menerajui Malaysia bagi tempoh yang lama.

Pemangku Ketuanya Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata beliau juga akan memastikan UMNO bahagian itu terus menjadi ‘kawan’ selama-lamanya kepada Najib yang juga presiden parti.

“Dalam politik, (adakalanya) rakan akan jadi musuh dan musuh akan menjadi rakan. Tapi kita (UMNO Tumpat) akan pastikan rakan akan terus menjadi rakan dan kita akan ajar musuh-musuh kita,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat dan perasmian persidangan perwakilan UMNO bahagian Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang di sini Sabtu, yang disempurnakan Najib.

Mohd Rosdi berkata UMNO sudah lali dengan pembangkang yang sering menabur fitnah bagi memburukkan kepimpinan negara, namun kesal kerana masih ada ‘bekas’ rakan dalam UMNO yang mengikut telunjuk pembangkang.

“Dan lebih sedih lagi apabila ada rakan yang pernah dianggap sebagai bapa, adik-beradik turut melontarkan fitnah.

“(Bagaimanapun) Matahari tetap matahari walaupun si-buta tak dapat melihatnya. Marilah kita bersama dengan Datuk Seri Najib untuk terus memimpin negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat Kelantan bertuah kerana mendapat seorang perdana menteri yang cakna atau prihatin dengan menyediakan pelbagai projek pembangunan serta peluang pekerjaan.

Beliau berkata antara projek pembangunan yang sedang dijalankan di Kelantan termasuk pembinaan hospital baharu di Kuala Krai dan pembinaan lebuh raya dari Kota Baharu ke Kuala Krai.
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s