Tidak Guna Ratapi Pemimpin Tinggalkan Parti, Mereka Musuh UMNO – Syed Ali

Posted on

SYED_ALI_ALHABSHEE_290715_TMINAZIRSUFARI_04

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – “Buktikan kesetiaan kepada UMNO dan pemimpin dengan bekerja keras bagi memastikan parti kekal relevan dan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” tegas Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Menurutnya, kesetiaan kepada UMNO dan pemimpin perlu dibuktikan dengan bekerja keras untuk parti.

“Buat kerja masing-masing,  bukannya berpolitiking setiap masa,” katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, kesetiaan merupakan kunci kepada kekuatan parti dan bukan sokongan peribadi terhadap kumpulan atau puak tertentu.

“Apa yang penting ialah dari semua peringkat, bermula daripada ahli hingga ke barisan pemimpin, kesetiaan kepada parti perlu ada dalam diri,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, pemimpin silih berganti tetapi kesinambangun perjuangan UMNO hendaklah diteruskan demi survival orang Melayu dan umat Islam.

Dalam parti ujarnya, menjadi perkara lumrah seseorang itu berundur secara terhormat atau bertindak meninggalkan parti atas sebab dirasuk oleh agenda tertentu.

Oleh sebab  itu katanya, kematangan ahli-ahli UMNO perlu dijadikan kayu pengukur untuk menilai sejauhmana tahap kejujuran seseorang itu kepada parti dan pemimpn.

“Apabila kita pilih dan lantik pemimpin di atas, termasuk presiden parti, maka menjadi kewajipan kita untuk meyokong dan setia kepada pemimpin walaupun kadangkala ada beberapa perkara kita tidak bersetuju.

“Ini bermakna kepentingan parti dan kesetian kepada pemimpin secara kolektif mengatasi kepentingan peribadi atau puak tertentu”, ujarnya.

Justeru tegas beliau, pemimin yang meninggalkan parti tidak perlu untuk diratapi sebaliknya ahli-ahli UMNO mengukuhkan pendirian untuk melihat UMNO terus hidup kekal dan memenangui PRU.

Tambahnya, UMNO bakal berdepan dengan cabaran yang cukup getir pada PRU akan datang tetapi cabaran seumpama itu sudah biasa dihadapi oleh parti.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, untuk membuktikan kesetiaan kepada pucuk pimpinan semua pihak juga harus berperanan mempertingkatkan keberksanan parti memenangi hati rakyat.

Katanya, ahli-ahli UMNO diminta agar tidak mudah patah semangat atau berasa ‘malu’ untuk berdepan dengan pembangkang terutama parti baru ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (BERSATU).

“Jangan segan atau was-was untuk berdepan dengan BERSATU walaupun parti itu ditubuhkan oleh bekas pemimpin kanan UMNO,” tegasnya.

Menurut beliau, apabila bekas pemimpin UMNO meninggalkan parti dan menubuhkan parti baru secara tidak langsung mereka menjadi musuh politik kepada UMNO.

“Kesetian kepada pemimpin secara kolektif mengatasi kepentingan peribadi atau puak tertentu

“Apabila sifatnya sebagai musuh politik, maka UMNO terpaksa menentang mereka habis-habisan kerana itulah perjuangan sebenar,” katanya.

Tambah Syed Ali, UMNO mesti tegak sebagai sebuah parti yang perjuangannya untuk membela nasib dan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, walaupun BERSATU melaungkan gagasan untuk perjuangan Melayu tetapi pendekatannya masih samar dan meragukan.

“Semua parti boleh berkata untuk orang Melayu, tetapi apakah selama ini orang Melayu tidak mendapat pembelaan daripada UMNO,? soal beliau.

UMNO katanya, telah terbukti beperanan besar dalam mengangkat martabat orang Melayu dan umat Islam selain kekal sebagai tonggak kepada kekuatan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s