[Video] Merdeka 59,! Pemuda MIC Kelantan Agih Jalur Gemilang Kepada Pengguna Jalanraya

Posted on

Ganthiraja pasang jalur gemilang pada kenderaan orang ramai di Bandar Kota Bharu.
Ganthiraja pasang jalur gemilang pada kenderaan orang ramai di Bandar Kota Bharu.

Kota Bharu: Pemuda MIC Kelantan mengagihkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalanraya dan penduduk sekitar di Kota Bharu bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 negara.

Semua bendera itu dipasang pada kenderaan mereka sepanjang laluan jalan Hamzah.

Ketua Pemuda, Ganthiraja Perumal berkata, inisiatif itu diambil bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Kebangsaan yang berlangsung 16 Ogos hingga 16 September.

Untuk menyemarakkan lagi, mereka juga akan ke beberapa kawasan untuk mengagihkan Jalur Gemilang kepada penduduk sebagai simbolik berlangsungnya kempen.

“Agihan ini dibuat dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pemuda MIC Negeri Kelantan.

“Ia juga menunjukkan semangat kebersamaan Pemuda MIC bersama komuniti serta penduduk menyambut kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program agihan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, di sini, hari ini.
Kelantan MIC Youth

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s