Ahli UMNO Mesti Tolak Pemimpin Jenis “Musang Berbulu Ayam”

Posted on

image (7)

KULIM, 26 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar segelintir pengkhianat UMNO yang derhaka kepada parti selepas “tidur dan gemuk” dalam UMNO.

Justeru, beliau mengingatkan anggota UMNO supaya tidak terpengaruh dengan sikap golongan “musang berbulu ayam” berkenaan yang mengambil kesempatan demi kepentingan diri.

“Setelah ‘tidur dan gemuk’ di dalam UMNO, mereka kemudiannya keluar parti dan derhaka terhadap perjuangan UMNO.

“Siapa tak marah apabila mereka ini ambil kesempatan… musang-musang berbulu ayam yang selama ini tidur dan gemuk dalam rumah UMNO,” katanya ketika berucap pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai di Kulim Golf and Country Resort. di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan anggota UMNO untuk sentiasa merapatkan saf dan barisan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14)akan datang.

Memberikan contoh negeri Kedah, katanya negeri jelapang padi itu kini diterajui pemimpin yang cukup baik serta diterima rakyat dan sehubungan itu tidak mustahil sekiranya kawasan Dewan Undangan Negeri Lunas, Merbau Pulas dan Parlimen Padang Serai yang kini dipegang pembangkang mampu ditawan kembali oleh BN pada PRU14.

Katanya itu boleh direalisasikan menerusi kesepakatan, komitmen dan kefahaman yang cukup mendalam.

“Mereka yang bersifat rakus, ego serta tidak ikhlas tidak akan mampu memperjuangkan agenda parti,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong kerana meminda perlembagaan persekutuan.

“Masa (Tun M) berdepan Raja-Raja Melayu, kita pertahankan dia bagai nak rak, tapi sekarang dia cakap tak serupa bikin…,” katanya.

Baru-baru ini Dr Mahathir dikatakan memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong kerana meminda Perlembagaan Persekutuan dengan mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s