Demo Haram,! Ancaman Keselamatan, Raptai Sambutan Hari Kebangsaan Ditangguh

Posted on

14095923_10154437838119293_8409111409466745934_n

KUALA LUMPUR – Raptai sambutan Hari Kebangsaan ke-59 negara di Dataran Merdeka hari ini terpaksa ditangguhkan ekoran terdapat ancaman keselamatan daripada perhimpunan haram ‘Tangkap MO1’.

Seorang perserta yang ditemui memberitahu raptai yang bermula dari pagi itu terpaksa dihentikan setelah pihak berkuasa mengarahkan semua yang terlibat untuk bersurai.

“Di Dataran Merdeka sedang berjalan raptai sambutan Hari Kebangsaan. Disebabkan terdapat ancaman keselamatan akibat daripada himpunan Tangkap MO1, maka raptai dihentikan separuh jalan.”

“Sepatutnya pukul 11.30 (peserta raptai perlu) masuk arena balik sambung latihan. Apabila kami masuk semula ke dalam arena, lima minit lepas itu polis suruh bersurai,” katanya.

14095923_10154437838119293_8409111409466745934_n (1)

Selain itu beliau memberitahu peserta-peserta raptai yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah itu terpaksa menapak jauh memandangkan bas yang kebiasaannya mengambil mereka di Dataran Merdeka tidak dibenarkan masuk kerana jalan ditutup.

Ini katanya sedikit menyusahkan mereka memandangkan barang-barang kelengkapan yang dibawa agak banyak dan berat.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s