Demo Haram,! #TangkapMO1 Maria Ozawa Atau Sukan Tangkap Belalang?

Posted on

mo-zawa-555x290

Setelah heboh dengan segala macam publisiti dan promosi bertaraf global, perhimpunan haram #TangkapMO1 di ibu negara petang ini bermula amat hambar malah gagal dapat sambutan warga kota sendiri.

Tidak seperti himpunan jalanan tanpa permit Bersih 4.0 atau Baju Kuning yang mendapat sambutan kira-kira 20,000 peserta; kebanyakan penyokong DAP, waima diadakan dua hari menjelang Hari Kebangsaan 2015, namun demo Tangkap MO1 hanya disertai ratusan orang.

Portal propembangkang melaporkan kira-kira 400 orang membanjiri program antikerajaan yang turut dikawal selia aktivis DAP dan PAN sekitar kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman seawal jam 2 petang sebelum mereka berjalan santai ke Dataran Merdeka.

Dua buah trak polis dengan sepasukan anggota kelihatan mengawal ketat di kawasan dataran yang ditutup pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada orang ramai sempena sebagai persediaan sambutan acara perarakan Hari Kebangsaan 2016 pada Rabu minggu depan.

Ekoran sambutan cukup luar biasa itu, seorang wanita dikenali sebagai Anis Syafiqah Md Yusof yang tiba di Sogo dengan sebuah trak pikap berbanding peserta yang hadir menggunakan sistem pengangkutan awam, hanya mampu mula bergerak ke dataran menjelang 3 petang.

Sambil diiringi laungan ‘Hidup Rakyat’ agak longlai dan berjalan ala lenggang kangkung, orang ramai sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak mempedulikan peserta himpunan haram itu bergerak seumpama ‘rombongan Cik Kiah’ datang ke bandar.
– Mynewshub

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s