Demo Haram,! #TangkapMO1 Tiada Sambutan, Menyusahkan

Posted on

CppM3h1UIAMdNvl

KUALA LUMPUR – Perhimpunan haram #TangkapMO1 di Dataran Merdeka hari ini berlangsung hambar.

Jumlah peserta yang menghadiri perhimpunan anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia itu dianggarkan kurang daripada seribu orang.

Namun begitu rata-rata yang menghadiri perhimpunan haram tersebut bukannya terdiri daripada golongan mahasiswa.

tangkap_mo1_hambar

Sebaliknya kebanyakan mereka adalah penyokong-penyokong parti DAP dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mula berhimpun di hadapan Sogo sekitar jam 2 petang, para peserta himpunan kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka.

Mereka membawa sepanduk bertulis ‘tangkap MO1’ dan ‘siapa MO1’.

Antara pemimpin yang hadir memberi sokongan terhadap perhimpunan haram tersebut adalah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani dan juga ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Setibanya di Dataran Merdeka, berlaku pergaduhan di antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan juga PemudaSosialis DAP Malaysia (DAPSY).

Selain itu, bas Rapid KL turut ditahan oleh para peserta himpunan haram tersebut.

Tinjauan KLXpress mendapati himpunan tersebut turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengunjung warga kota yang mahu menghabiskan cuti hujung minggu mereka.

“Memang tak patut mereka buat perhimpunan haram macam ini (kerana) menyusahkan orang.

“(Jalan) sesak, laluan banyak tutup (menyukarkan) orang ramai nak lalu lalang,” ujar seorang pengunjung, Mohd Fahmi.

Perkara tersebut turut disokong rakannya yang enggan mendedahkan namanya.

Terdahulu, Raptai sambutan Hari Kebangsaan ke-59 negara di Dataran Merdeka hari ini terpaksa ditangguhkan ekoran terdapat ancaman keselamatan daripada perhimpunan haram tersebut.

Seorang perserta yang ditemui memberitahu raptai yang bermula dari pagi itu terpaksa dihentikan setelah pihak berkuasa mengarahkan semua yang terlibat untuk bersurai.

“Di Dataran Merdeka sedang berjalan raptai sambutan Hari Kebangsaan. Disebabkan terdapat ancaman keselamatan akibat daripada himpunan Tangkap MO1, maka raptai dihentikan separuh jalan.”

“Sepatutnya pukul 11.30 (peserta raptai perlu) masuk arena balik sambung latihan. Apabila kami masuk semula ke dalam arena, lima minit lepas itu polis suruh bersurai,” katanya.

– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s