Parti Mahathir,! Hanya Mahu UMNO Kalah

Posted on

SHAHRIR-SAMAD-PRIBUMI

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) naungan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hanya bertunjangkan satu matlamat iaitu mahu melihat parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang, meskipun parti itu sendiri tidak memperoleh sebarang kemenangan.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, beliau berkata Tun Mahathir dalam setiap ucapannya hanya mahu melihat parti keramat UMNO kalah, malah beliau pernah memaksa parti pembangkang yang lain untuk menerima kemenangan dan kekalahan parti masing-masing, semata-mata mahu melihat UMNO tersungkur dalam sesebuah pertandingan.

“Tun M punya nasihat kepada parti-parti pembangkang yang lain adalah sekiranya PAS menang, tidak apa, asalkan satu lawan satu, kenapa nak bagi BN menang? UMNO menang? Itu hujah dia dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar, dan Kuala Kangsar.

“Dia paksa PAN terima PAS menang, asalkan UMNO kalah. Jadi itu matlamat dia. Nak UMNO kalah, bukan dia kata Pribumi mesti menang,” ujarnya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, Johor hari ini.

Dalam pada itu, menurut Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, beliau berkata parti Pribumi langsung tiada perancangan dalam penubuhan parti mereka termasuk mahu memajukan negara atau membawa sebarang perubahan dalam pentadbiran kerajaan sedia ada, dan hanya bermotifkan ‘hancurkan UMNO’.

Jelas Menteri Besar Johor itu, apa yang membezakan parti UMNO dengan parti-parti pembangkang yang lain adalah UMNO bersifat konservatif, tapi mempunyai dasar yang progresif, iaitu mengambil kira letak duduk kedudukan agama Islam dalam usaha menggerakkan parti.

“UMNO berbeza dengan DAP yang berfahaman sekular. Manakala PAS, hanya menekankan tuntutan agama Islam tanpa mengambil kira sudut yang lain, termasuk parti Pribumi yang hanya mahu melihat UMNO tumbang,” ujarnya lagi.

Shahrir, antara lain turut mengulas berkenaan isu kenyataan ‘Bangsa Johor’ yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir yang seolah-olah berang dengan penduduk negeri tersebut dengan mengatakan bahawa beliau mungkin mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Tambah beliau, mantan Perdana Menteri itu mungkin kecewa kerana beliau pernah membawa slogan ‘Bangsa Malaysia’, di bawah pelaksanaan wawasan 2020, namun ianya semakin dilupai serta kurang mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Jadi, mungkin itu sebabnya. Kemudian dengan slogan ‘Bangsa Johor’, ia mendapat sambutan hangat dan boleh dikira sebagai berjaya.

“Datuk Musa (Hitam) pernah memberitahu saya bahawa Tun M tidak berapa suka dengan orang Johor, dan beliau hanya menyenangi Datuk Musa. Tapi akhirnya, Datuk Musa cakap, perkara tersebut juga tidak betul, dan beliau (Tun M) sebenarnya tidak suka semua orang,” ujarnya secara berseloroh.

Mengulas lebih lanjut, Shahrir berpendapat, penggunaan ‘Bangsa Johor’ mungkin kurang disenangi oleh pemerintah di peringkat pusat kerana kurang memahami pendekatan yang digunapakai oleh pemerintah tempatan.

“Mungkin ada pemimpin di peringkat pusat tidak faham dan anggap orang Johor mengada-ngada. Kita Cuma ambil pendekatan berbeza dan ada cara sendiri,” ujarnya.

– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s