Pengundi Cina,! Jangan Putus Harap Dengan Kaum Cina

Posted on

umno-pau-555x290

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan anggota parti itu supaya jangan berputus asa dengan pengundi Cina walaupun BN kalah di beberapa kawasan pada pilihan raya umum yang lalu.

Dengan memberikan contoh kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serta Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Hishamuddin berkata, apa yang penting ketika ini ialah membuktikan kepada kaum tersebut bahawa BN mampu membela nasib mereka.

“Pengalaman kita di Sarawak, di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar, kita jangan berputus asa dengan sokongan kaum Tiong Hwa.

“Ini banyak bergantung pada cara kita membawa diri kita dan bagaimana mereka dapat melihat bahawa pemimpin-pemimpin kita dapat membela mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Umno bahagian Bukit Katil, Melaka.
– BNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s